Tema Raya 2015

tahun ni boleh la nak bertema bagai. sebabnya dulu-dulu, tema kami laki bini.. pakai ikut dan ja. 

saya yang kena beli baju ikut warna baju melayu cik suami. sebab al-maklum le, cik suami kawe tu bukannya mahu beli baju melayu. katanya jarang-jarang sekali nak pakai. so, kena la rotate sokmo. contohnya, tahun ni warna hijau.. tahun depan warna maroon. tahun lagi satu ulang balik warna hijau.. haaa gituuu la untuk tahun seterusnya..

tapiiiiii tahun ni kami berpeluang untuk melaram baju raya dengan tema yang saya sendiri pilih. my peberet colour. hewhewhew T_T

saya jenis berpegang pada janji. cik abe dah janji dengan saya katanya bila dah anak baru kita sedondon. so, harapan la tahun ni  dapat berdondon don (:

Royal Blue


baju melayu ayah dari aaron aziz. beli last minute. time happy hour. dapat la RM 100 sepasang di Jakel Mall. 

baju umi dari feedmilk. jubah menyusu sangatttt cantik dan selesa dipakai. beli masa ekspo baby last year di pwtc. belum pernah di pakai sebab labuh benor. selepas di alter baru sedap di pakai. itu yang nak dipakai pagi raya. masa beli pon dapat harga diskaun RM 100. 

baju rania dari tinybambam. dress diva yang sangat cute. suka sebab simple dan saya rasa sesuai untuk rania pakai di hari raya. memandangkan cuaca di kampung yang panas. kalau buat baju kurung, comfirm rania tak selesa. dapat saiz M. dah senteng sikit dengan rania. RM 40 termasuk postage.

kalau uols nak tau, kan ! asalnya tak dapat dah dress rania ni. banyak sungguh rintangannya. akhirnya memang rezeki rania. dapat juga umi belikan. satu-satunya umi beli online. untuk diri umi sendiri pon umi tak pernah beli online tau, risau plus takut tak muat atau tersalah saiz. ini sebab suka dan jatuh cinta sangat. gigih nak jugak-jugak. kebetulan masa tu ayah rania masuk wad. umi memang tak sempat nak pergi bank in duit. mulanya dah nak kena let go baju ni. sudahnya, acaner ntah dapat la juga. 

semuanya beli ready made aje. senang. kalau beli kain, upah. rasanya lebih kurang aje harganya. kalau tailor jahit sedap, selesa dipakai, oke la. buatnya tak oke. sapa yang hangin, diri sendiri jugakkan. 

baju untuk raya ketama sahaja. untuk hari2 seterusnya umi just mecing2kan dengan baju umi yang sedia ada. rania dengan ayah aje tambah koleksi. umi tak payah la. bukan nak ke mana pon selepas beraya. kalau bekerja boleh juga melaram ke pejabat. kehkehkeh ^_^

Kenangan di bulan Syawal

hari ni 14 Syawal, kan ? 


teringat pulak kenangan tahun lepas..

rania dilahirkan pada 14 Syawal 1435H. kalau ikut tahun masihi 10/8/2015 nanti genap lah usia rania setahun :')


Sambal Kuinin

godek2 draft sekali nampak gambar sambal kuinin atau konen ni belum dientrykan lagi. so, boleh lah kan sebagai pelengkap entry.hehehe... 

teringat-ingat pulak kemanisan dan keharuman buah konen ni. aduh. duh. 

nak buat sambal kuinin bukannya susah pon. just tumbuk sambal belacan macam biasa
(cabai merah + cili padi + garam + belacan dibakar )
pastu gaul dengan buah konen yang di lenyek2kan.

oh nikmatnya.. sambal kuinin.. pedas pedas pon layan je makan nasi. hihihi.


sambil sambil tu boleh buat nyicah dengan buah konen yang dihiris. sedapnya ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...