BARAH PAYU DARA .....OH NO..NO..NO ???

_____________ASSALAMUALAIKUM______________
hai tengah buat apa tu >_< dah makan malam kew? kalau sudah alhamdulillah......gendang gendut tali kecapi, dah kenyang perut pon happy...hehehe.. cewahh layan pantun jap....hehehe..masak apa tadi..ingat..jangan makan berat2 waktu malam ceng gini, sebab nanti dah nak tido kan, lambat pula nak proses nanti..betul tak ?? Entri malam ni just nak share something dengan u all. Pasai BARAH PAYU DARA ..Umumnya semua orang tahu dan pernah membacanya dimana-mana sahaja dalam majalah, tengok kat media elektronik dan sebagainya.. Saya hanya ingin mengingatkan u all dan juga kepada diri sendiri supaya sentiasa lebih peka mengenai penyakit ini...ok jom layannnnn
^
^
TIDAK dinafikan seseorang wanita itu akan berasa gementar dan gundah apabila diberitahu, wujud ketumbuhan pada payu dara mereka. Dalam fikiran mereka pasti tergambar kemungkinan mereka menghadapi barah payu dara. bETUL TAK U ALL ..??

Barah payudara adalah barah yang paling kerap berlaku di kalangan wanita sebaik saja meningkat usia 20 tahun ke atas di Malaysia.
Penyakit itu paling kerap terjadi di kalangan wanita kaum Cina, diikuti India dan Melayu. Barah payu dara menyumbang 31 peratus daripada jumlah kes barah yang menyerang wanita pada 2003 dan 30.4 peratus pada 2002.
Bagaimanapun, bukan semua ketumbuhan pada payu dara itu barah kerana kajian menunjukkan antara 80 hingga 90 peratus adalah ketumbuhan biasa. Oleh kerana barah payu dara adalah satu penyakit utama di kalangan masyarakat dunia yang mengakibatkan kesengsaraan dan kematian, setiap ketumbuhan pada payu dara mesti dianggap barah sehingga terbukti secara saintifik ia bukan penyakit yang digeruni wanita itu.
Untuk membezakan dengan tepat antara ketumbuhan biasa (benign tumour) dan barah payu dara secara fizikal adalah sukar. Hanya dengan membuat kajian cytologi (kajian sel) saja dapat memastikan sesuatu ketumbuhan itu barah atau sebaliknya.
Antara 80 hingga 90 peratus ketumbuhan pada payu dara adalah ketumbuhan biasa yang bukan barah. Ketumbuhan biasa (benign tumour) yang boleh berlaku pada payu dara termasuk:
·  Fibroadenoma – ketumbuhan ini kerap berlaku di kalangan wanita muda. Permukaannya licin dan mungkin berbonjol. Ia bergerak di sekitar payu dara apabila ditekan
·  Fibrocystic mastopathy – biasa berlaku di kalangan wanita berusia antara 30 hingga 50 tahun yang belum putus haid. Besarnya berbeza berdasarkan pusingan haid dan bertambah besar dan sakit apabila menghampiri haid. Berdasarkan sifat percambahan sel epithulium, ia berisiko berubah menjadi barah.
·  Sista – ia adalah biji yang mengandungi air. Kebanyakannya tidak berbahaya melainkan biji yang mengandungi darah.
·  Fat necrosis – berpunca daripada kecederaan pada payu dara yang menyebabkan sel lemak payu dara mati dan membentuk kumpulan biji keras. Agak sukar untuk dibezakan sama ada penyakit itu barah atau sebaliknya selain dengan kajian sel histologi.
·  Bisul (breast abcess) – selalunya tidak sukar untuk membezakan bisul dengan barah. Bagaimanapun, ‘antibioma’ iaitu bisul menjadi benda pejal jika dirawat secara konservatif. Ia lebih menyukarkan untuk membezakan bisul dan barah. 
Mengenali perbezaan antara ketumbuhan barah dan ketumbuhan bukan barah
BEBERAPA petunjuk mungkin dapat memberikan gambaran kasarnya sama ada ketulan pada payu dara itu berbahaya atau sebaliknya. Antaranya risiko individu untuk diserang barah, sifat fizikal ketumbuhan itu dan faktor genetik. Semakin banyak petunjuk yang positif semakin besar kemungkinan ia adalah barah.


BERSAMBUNG LAGI ESOK .....

NAK bw JAP
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "BARAH PAYU DARA .....OH NO..NO..NO ???"

msti kna buat checkup sokmo... sbb tkut dia dtg dlm diam... sbb brah ni pbunuh senyap

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF