KENAPE BETIK .....???




Hai...selamat malam...u all suka makan betik tak??? Saya memang suka sangat dengan buah betik ni...
Kiranya dalam seminggu mesti ada stok betik la kat rumah ni. huhuhu..bayangkan la. Lagipon betik ni banyak khasiatnya. Betul tak ?? Nak tahu jom scrol ke bawah k...

^
^
^
^
^
^


Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Memang menyelerakan...yummy...yummy

Betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavi dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masaalah sembelit. U all da masalah sembelit tak ...??

Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Betik yang masak juga boleh dijadikan jem, jus ( untuk minuman ), perisa untuk aiskrim dan puding, halwa dan sos. Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur.
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "KENAPE BETIK .....???"

sy pun sk buah betik tp suka yg muda tu.. yg rangup.. bila gigit ada bunyi.. hihii

alisha suka yg dah msk.. yg lmbut tu...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF