Begedil Kentang



Begedil kentang ke, begedil daging ke, begedil ayam ke, bagi saya ianya amat mudah dan sangat senang untuk disediakan.

Kalau buat ada anak2 duduk menjamu selera lagi sronok nak membuatnya.
Ater anak2 makan makanan hasil air tangan seorang ibu kan.
Macam saya ni, sendiri buat sendiri makan ler.
nak bagi anak, anak tak da lagi. huhuhu
sib baik cik abe yang suka makan begedil kentang ni.
sedap katanya.

Tak mo la sedey2 ye,
tak da anak tapi masih ada en suami yang sudi untuk makan hasil air tangan isterinya.
Ok gak kan.
 Terhibur la sikit. Hihi.

Saya buat begedil kentang yang simple je.
Apa yang perlu ada hanyalah
  • kentang
  • bawang besar (dadu)
  • daun sup (hiris halus)
  • daun bawang (hiris halus)
  • cili merah (dadu)
  • cili hijau (dadu)
  • bawang goreng
  • serbuk lada sulah
  • garam halus
  •  Telur -untuk celup begedil sebelum digoreng
  • Oat -untuk yang suka boleh digaul selepas dicelup telur
 
Caranya:
  1. Kopek kulit kentang, basuh dan toskan. Golek2 dengan garam halus. Kemdian goreng dalam minyak yang panas. Sejukkan. Tumbuk menggunakan lesung batu.
  2. Bila dah lenyek kentang2 tu, perasakannya dengan serbuk lada sulah. 
  3. Masukkan kesemua bahan2 yang lain. Gaul sebati.
  4. Dah siap, panaskan minyak. 
  5. Celup begedil yang siap dibentuk bulat kemdian leperkan sikit, celup dalam telur yang sudah dipukul.
  6. Golekkan dalam oat kalau suka.
  7. Goreng sampai keperangan. Angkat dan sejat.
Saya buat dua jenis 6biji biasa, lagi 4 biji saya salut oat.
Kalau teda oat boleh je gantikan dengan nestum ye.

Ikut mana yang ada.
 Saya kebetulan ada oat, so, guna aje la.
 Hihi :)

Kuantitinya terpulang dan pandai2 ler adjust ye.
Contohnya kalau uols guna 6 biji kentang pon dah memadai.
 Boleh dapat dalam 10 biji. Ala, lagipon kita yang membuatnya kan
. So pepandai la mengolahnya.
Yer idok :)

Kalau tak habis boleh panaskan kembali dalam microwave.
 So, tiada pembaziran.

Selamat mencuba.
Sedap tau ;)



Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Begedil Kentang"

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF