Resepi KEK MARBLE

Hai..jom minum petang bersama aii =)

Resepi ni dapat dari Cik Hana ofismate kat seri kembangan dolu..cikhana ni orang malaysia timur....ala negeri yang mula-mula mengenalkan kek lapis yang tak berapa nak lapis tuh...sedap dia buat kek. Dia dah resign, amik tempahan buat kek je sekarang nih..

bahan-bahan :

250 gm mentega
220 gm tepung naik sendiri
200 gm gula kastor
4 biji telur gred A
1/2 cawan susu UHT (ganti susu biasa)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh emulco coklat
1 sudu makan serbuk koko (van houten la)

caranya :


Pukul mentega dengan gula hingga kembang.

Kemudian masukkan telur 1 biji persebiji.

Tepung diayak dan masukkan tepung sikit demi sedikit.

Bahagi kepada  2 adunan. 1 adunan warna asal dan 1 lagi adunan coklat.

Untuk adunan coklat satukan susu, esen vanila, emulco coklat dan serbuk koko . Kacau sampai sebati.

Kaup balik hingga rata kedua-dua ....bila dah siap sudukan setiap adunan masuk ke dalam acuan yang dah siap disapu mentega.

Bakar dalam oven dengan suhu 100 darjah celcius anggaran 45min (bergantung pada oven masing-masing yer)

Tadaa...kek aii lebih coklat sebab aii suka coklat




nampak lobang2 la, nape erk ? 

Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Resepi KEK MARBLE"

jujurnya..saya belum penah buat kek..hehe

eB psl wat kek nih fail. leh ker eh? hu3

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF