Resepi Murtabak Maggi



Hai...Selamat Pagi Malaysia.. 
Sudah sarapan ke ..hehehe
kalau belum
Jom buat Murtabak Maggi..

U all penah try resepi ni tak. Bagi yang dah mencuba alhamdulillah. 
Bagi yang belum mencuba, apa kata jom try buat.
 Sebab penyediaannya simple 
dan 
bahan-bahan pon senang sajo nak dapat.

Jom kita usha bahan-bahan yang diperlukan 
untuk menyediakan Murtabak Maggi.

Bahan-bahan:

1 bungkus Maggi Cintan perisa Kari
(ciksu guna cintan sebab dia kenyal)
3 biji telur ayam
sedikit dada ayam - dadukan
3 batang Daun bawang - hiris
1 batang Cili merah - hiris
1 batang cili hijau - hiris
1/2 biji Bawang besar - dadukan
garam secukup rasa

Cara-cara menyediakan :
    1. rebus Maggi dan tos kan
    2. dalam bekas lain pukul telur hingga kembang bersama perencah kari maggi dan garam
    3. campurkan maggi yang telah ditos
    4. masukkan isi ayam, daun bawang, bawang besar cili merah dan cili hijau. bagi yang suka pedas boleh letak cili lebih
    5. gaul sebati dan masukkan dalam telur yang dipukul tadi.
    6. masak atas kuali leper mengikut citarasa masing-masing
    7. bila siap boleh dimakan bersama sos cili


: : selamat mencuba : :

Orang bujang lelaki pon boleh try buat Murtabak Maggi ni.. 
sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang :)


P/s : 1 bungkus boleh untuk 2 orang makan =)

Previous
Next Post »
6 Komentar untuk "Resepi Murtabak Maggi"

ehhh pernah la buat meni ni masa mula2 dpt kebenaran menyalakan api dapur gas dulu2.. dgn kawan2 sekolah rendah.. hihihih.. menu kenangan nama dia :)

kena try ni...simple jer kan..

alamak kecur liur tgk. suker. tq yer :)

dulu pernah makan sekali..
pizza maggi perisa ayam...sedap gok..

dulu sy dh pnh buat tp time tu blm kawen lg la :-)

yummmy...memang sodap murtabak maggi nie...pernah cuba buat dulu..lma dh tak makan..nanti nak buat lagi ler... :)

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF