Resepi CENDOL


Penghasilan cendol ini agak rumit. Bancuhan tepungnya penting kerana akan menentukan penghasilan bentuk cendol yang comel2 dan tidak mudah hancur. Memerlukan kesabaran yang tinggi ye :-*

Jom tengok cara penghasilan cendol homemade ;)

 
Bahan-bahan :
  • 1 kg tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum cap sauh
  • Daun pandan secukupnya untuk dapatkan air pandan
  • 1 packet kapur makan
  • Pewarna hijau 
Cara membuatnya :
  • Tepung beras dibancuh bersama tepung gandum dengan menggunakan air kapur yang jernih hasil mendapan kapur yang direndam (hanya guna separuh sahaja)
  • Daun pandan tadi digunting-gunting dan dimasukkan sedikit air. Kemudian dikisar dan amik air tapisannya.
  • Campurkan ke dalam bancuhan tepung tadi. Kacau hingga betul-betul sebati dan tiada ketulan-ketulan tepung. Bancuhan tepungnya cair seperti adunan roti jala. Selepas itu masak di atas api yang sederhana. Perlu selalu kacau agar tidak berketul-ketul.
  • Pastikan masak hingga pekat seperti gambar di bawah. (boleh ditambah air kapur jernih sikit-sikit ikut keperluan.. kalau terlebih akan menyebabkan cendol hancur).

Perlu ada alat ini untuk menghasilkan cendol. Alat ni ayah saya buat khas untuk mak.. tujuannya untuk memudahkan kerja menekan tepung yang dimasak tadi dengan lebih cepat.. sebab panas kan.

Tips kat sini kena tekan laju2 untuk dapatkan hasil yang cantik selain takut tepung akan mengeras. 

Perlu pastikan ada air putih dalam besen di bawahnya. Air bersih tuh boleh diletakkan sedikit pewarna hijau. Maaf terlupa nak snap pic sebab terlalu asyik menekan-nekan tepung tu;)


Beginilah rupa tepung yang dihasilkan sebelum ditekan-tekan dalam acuan itu. Pastikan tepung tak keras atau lembut sangat sebab nanti cendol akan hancur bila direndam dalam air bersih.


Inilah hasil cendol yang dibuat oleh mak saya. Comelkan bentuk cendol tu. Tak panjang tak gemuk.. sedang2 aje.. sangat sedap hokey menjamu selera hasil air tangan mak ni ;)

Mak saya amik tempahan untuk majlis kenduri kahwin, kenduri kesyukuran dan majlis kecil-kecil saja :)

Bila dah siap cendol boleh lah sediakan air gula merah pula:

Bahan-bahannya:
  • 3 senduk Gula merah
  • 1 senduk Gula putih
  • 1 cawan air
  • Santan pekat
  • Garam secukup rasa
  • Ais secukupnya
Cara membuatnya:
  • Masak gula merah bersama air dan gula putih. Bila sudah sebati tapis panas-panas ke dalam jag supaya tak berketul-ketul nanti (kuantiti gula merah dan gula putih terpulang yer)
  • Santan tadi dicampur dengan sedikit garam.
  • Boleh dihidang mengikut citarasa masing-masing.
Bila dah siap bolehlah dimakan terutamanya ketika cuaca panas :)

Wow, memang terangkatlah, nak2 pulak dijadikan cendol pulut.. Fuhhhh, layaannnnnnnnnnn ;)

P/s : U all suka cendol tak. If suka silalah komen ...



Previous
Next Post »
16 Komentar untuk "Resepi CENDOL"

saya suka mkn cendol.. emm maksudnya cendol tu bkn la terjatuh dlm air panas kan.. air biasa je kan..

suka sangat cendol pulut..tp susah nak cari yg sedap, nk wat seniri maleh :)

eh.... eh buat sendiri ke? rajin nyer

dulu2 mak sya pon pernah gak wat cendol..tp skrg dah x wat..nak mkn cendol je bli ygbdah siap...faktor usia gamaknya..dah x larat nak wat sume tu...

ingatkan sendiri buat ;) jarang makan cendol sbb kebanyakan mamak yg buat..

Sekarang ni memang malas sgt nak buat. Kalau utk makan dua tiga puluh orang, memang saya akan buat. Tp yg belli punya memang tak syok. Ada yang lembik sangat, mudah hancur, ada yg halus sangat mcm mi dan yg paling teruk, cendolnya membeku bila kena ais.

sy kne cari acu dulu ni.. br leh wat..hihii

orang bujang cam saya ni pe lagi cari jela cendol kat tepi jalan.uish...memang nikmat la pekena bila tengah2 panas

sedapnya cendol..untung pandai buat cendol sendiri.. alat tu buat sendiri atau beli?

Teringin sangat nak buat sendiri tapi kena cari cetakan tu dulu.

mmg hantu cendol..paling suka cendol pulut..kalo p jalan mane2 mst nak cari cendol yg paling sedap..kalo da jmpe yg sedap..compem p situ je la

wah bestnyer..homemade cendol..hehe

pertama kali sy tgk mcm ne cendol dibuat...montok2 je nmpk dlm gmbr nie..bestnya wat sendiri mcm nie

Pregnant?mdah2an...dapat juga bby t...sy nk tNyer,,,tpung beras tu 1 paket 500gm...nk kne pakai 2 la ea,,bru 1kilo...bkn ape kdg2 org kliru,,,1pket tu d anggap 1kilo...

Saya suka...saya suka...mintak resepinya ya buk...mau cubain buat cendol
.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF