Resepi Bubur Kacang Hijau



Saya makan Bubur Kacang Hijau ni dengan roti saja lah jawabnya... hehe.. menu tengahari saya hari ni.. sempoikan :)

Bubur Kacang Hijau sedap dimakan ketika masih panas atau sejuk.. ikut citarasa masing2.. terpulang :)

Bubur Kacang Hijau ni boleh dihidangkan ketika minum petang atau untuk santapan majlis2 kesyukuran, perkahwinan atau jamuan keraian hari lahir sebab cara penyediaan Bubur Kacang Hijau ni tersangatlah mudah selain masa yang diperlukan juga tak terlalu lama.. disamping barang2 yang diperlukan untuk penyediaannya juga senang didapati :)


Bubur Kacang Hijau saya yang baru dikeluarkan dari peti ais.. nampak pekat kan tapi rasanya sangat sedap.. 
maksud saya sedap tu sebab rasanya yang tak terlalu masin dan tak terlalu manis.. 
lemak2 santan gitu.. 
nak2 makan sejuk2 pula.. 
makan panas2 pon sedap juga..
 pekena pulak dengan teh o panas..

"wah, sedapnya.."

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk masak Bubur Kacang Hijau ialah:

Kacang hijau -secukupnya
Sagu -rendam bagi kembang
Santan -secukupnya
Daun pandan
Air  -secukupnya
Gula dan garam sesedap rasa

Cara-caranya :
  1. Rebus kacang hijau dengan air dan sedikit garam serta daun pandan.
  2. Bila kacang dah empuk boleh la masukkan santan dan sagu biji. 
  3. Nampak dah ok2(maknanya dah cukup kembang la kacang hijau tu) uols masuk la gula sesedap rasa.
  4. Cukup rasa, tutup api.. siap.

Actually saya nak buat aiskrim kacang hijau sebab teringin nak makan aiskrim kacang hijau la pulakk.. so, selongkaq punya selongkaq drawer tak pulak jumpa plastik aiskrim tu :( maknanya sudah kehabisan stok la kan.. tu yang saya cicah dengan roti sajok ^,^

UPDATE:

Kacang hijau ni seeloknya rendam semalaman kalau nak proses memasaknya lebih cepat.. 
maknanya bila rebus kacang hijau tu nanti tak lama la.. 
ala, senang citer kacang hijau tu cepat empuk la nanti ('',)



Previous
Next Post »
9 Komentar untuk "Resepi Bubur Kacang Hijau"

a'aa kalu buat aiskrim kacang ijau ni sgt2 sedappppp!!!... alamakkkk tiba2 tingin nk mkn gak.. adus..

sue, nanti sy dapt alamat pemenang, sy bg dekat sue yer.. :-)

wahhh sedapnya..macam nk try lah..hehe

sama lah kita dik oiii..
suka sangat makan bubur kacang dengan roti..
besttt,...

sedappp.. suka makan jugak...

sy nk buat bubur ni esok / lusa..er nak tnyer, kacan tu kena rendam dulu x b4 rebus?
bape lama eh? tq..huuu
:)

sedapnye bubur kacang hijau tu ciksu,lame x mkn..bese mak yg buat,,m3h blum pernah try wat lg..hehe..
header tu akk wat sendiri,tp doodle freebies tu amik kat fizgrapic
ciksu nk wat kek red velvet ke?
harga sebungkus kt kedai rm 7.50

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF