ketahui fadilat dan tatacara wuduk

Berwuduk juga mempunyai tatacara dan fadilat tertentu. Untuk mendapat lebih keberkatan dan kesempurnaan ibadat, jom kita sama-sama ikuti beberapa panduan berwuduk yang ceq sediakan di bawah sebagai perkongsian di bulan Ramadhan ini ..


1) Ketika berkumur, berniatlah dengan, 
''Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini''.
Penjelasan: kita hari-hari bercakap benda-benda yang tidak berfaedah. Ketika air mencecah muka, niatkanlah didalam hati. ``Sahaja aku mengambil wuduk kerana Allah Taala``.

2) Ketika membasuh muka, berniatlah dengan,
''Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak. janganlah Kau hitamkan mukaku ini''.
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih dan berseri-seri.

3) Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah dengan,
``Ya Allah, berikanlah kitab hisabku di tangan kananku ini``.
Penjelasan: Ahli syurga diberikan kitab hisabnya di tangan kanan.

4) Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah dengan,
''Ya Allah, janganlah Kau berikan kitab hisabku di tangan kiriku ini''.
Penjelasan: Ahli neraka diberikan kitab hisabnya di tangan kiri.

5) Ketikamembasuh kepla, berniatlah dengan,
''Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di Padang Masyar dengan Arasy-Mu''.
Penjelasan: Panas di Padang Masyar bagaikan matahari sejengkal di atas kepala.

6) Ketika membasuh telinga, berniatlah dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini''.
Penjelasan: Telinga kita hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya.

7) Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah dengan 
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim".
Penjelasan: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8) Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid, surau dan bukan tempat maksiat''.
Penjelasan: Qada` dan Qadar` kita di tangan Allah.


TenQ  abg google :D


















Celoteh Ciksu: Mudah-mudahan kita beroleh keberkatanNya..amin ... ;D







Previous
Next Post »
8 Komentar untuk "ketahui fadilat dan tatacara wuduk"

tq kongsikan info ..
sekarang tgh ajar anak cara² amik wudhu mmg basahlah baju dia selalu ..

setiap perbuatan semasa ambil wuduk hendaklah berdoa...mudahan berkat

nice sharing.. info yg bagus ni.. =)

alhamdulillah, sejuk hati baca entry ni..kadang2 kita terleka..dengan cara ni boleh mengingatkan sesama kita :)

amin..moga diperkenan kan doa kita..nice info dear...salam 7 ramadhan ;-)

amin...tu lah kdg2 bl amik wuduk, main amik je,tp bila tau apa fadhilatnya baru bley kusyuk....tq 4 sharing

salam kunjungan balas..
thanks cos sharing the good info..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF