Resepi Cucur Udang Berkuah Kacang

Semalam buat cucuq udang je.. simple dan senang juga sebab untuk dua orang makan je...tak elok membazir kan...no..no..no. Masa.. masa.. itu penting.. masa tak tunggu kita.. kita yang kena kejaq masa. Maka, selongkaq apa yang ada dalam peti sijuk.. jumpa ini..

Bahan-bahan:
  • Udang sederhana besar
  • Tepung gandum 
  • Air
  • Garam
  • Kucai
  • Taugeh
  • 4 keping Tauhu atau tokua 
  • 1 biji Timun

udang tak nampak..saja tak bagi nampak...hehe
Care-carenya
  • Adun tepung gandum, air, garam sehingga sebati...
  • Sendukkan 1 senduk adunan masukkan udang, tauge dan kucai
  • Goreng dalam minyak panas ...terpulang nak tebal atau nipis yer. potong ikut kesukaan
  • Tauhu juga digoreng. kemudian potong
  • Timun boleh potong ikut kesukaan 

Kuah Kacang 

  • Kacang tanah -sangai dan buang kulit
  • cili kering -kisar
  • bawang besar -kisar
  • bawang putih -kisar
  • 2 batang serai -ketuk
  • air asam
  • gula melaka -masak dan tapis
  • madu
Care-carenya :
  • Kacang tanah sangai atas api dan buang kulit
  • Tumbuk kasar
  • Tumis serai dan bahan-bahan kisar 
  • Masukkan kacang yang siap ditumbuk, madu, air gula melaka dan air asam
  • Biarkan masak sampai pecah minyak
  • Perasakan dengan garam secukup rasa..
  • Siap daaaa...
Jom berbuka...


Previous
Next Post »
16 Komentar untuk "Resepi Cucur Udang Berkuah Kacang"

sedapnyaaaa....chik as nak try wat lahh..

Sedapnya cucuq udang cicah sambal kacang....fav sis ni.

hohoho...cucuq udang dapnyer...wani suka eheee

SAlam,, sedapnya cucur udang... lama x makan ni.. a;aah betol tu .. selongkar je apa yg ada dlm peti sejuk bila last2 minit camni.. :)

tu dia... sat ja da siap cucur udang kan

sedap...suka juga cucur nie...

rania dok shah alam gak ker....mmg payah nak cari kuih org utara kt sini..

banyaknye makanan kat blog ni...yum yum yum..hehhee

tgk timun batang n kuah kacang tu tingat MIL saya, dia mmg sk mkn timun cicah kuah kacang ;-)

nak udang je. takmo kuah, takmo cucur. hehe.

pergh..cucur udang lg..td cicah sambal udang..yg ni kuah kacang pulak..m3h suka cicah kuah kacang..mabeles..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF