Resepi Peria Katak Berinti Kelapa

Mornink ;)

Masak simple-simple je semalam. Ciksu dan suami memang suka makan nasik dengan ulam-ulam ni. Lagi berselera dann yang penting baik untuk kesihatan ;)

Tapi yang pastinya ramai kurang menggemari peria. Mungkin sebab rasanya yang agak pahit kan. Bagi ciksu lagi sedap. 

Selain dibuat sambai tumis atau direbus sebagai ulam. Peria katak juga boleh dibuat seperti resepi ciksu hari ni.. jom tengok. Ada masa nanti cuba la ye ;)

Uols boleh gantikan udang kering dengan ikan bilis atau udang hidup. Manis udang hidup dan ikan bilis lagi terasa kesedapannya. So, terpulang pada uols ok.

Peria katak ni pahit tapi pahit-pahit tu lah obat.. kan.. kan

Bahan-bahan : 
peria katak
kelapa parut
Serai
Bawang merah
Cili hijau
Udang kering/ udang hidup
Gula
Cara buat :

Peria katak dibelah tengah dan buang biji-bijinya. Rendam air garam sekejap. Sejat.
Udang kering sangai dalam kuali tanpa minyak sampai kekuningan.
Serai, bawang merah dan cili hijau dihiris kasar.. tumbuk hingga lumat. 
Diikuti udang kering dan kelapa parut. (Kuantiti terpulang yer).
Bila dah sebati semua perasakan dengan gula secukup rasa. (Ciksu tak letak garam sebab udang kering tu dah ada rasa-rasa masin).
Bila dah cukup ghasa sumbat inti kelapa dalam perut peria katak tadi. Ikat dengan benang ditengah-tengah. bukan pa takut terburai segala isi perut peria katak nanti.. kalau tak ikat pon okey je.. hehe
kukus peria katak tadi sampai masak..

Simple dan senang lagipon baik untuk kesihatan kan ...tanpa secalit  minyak dan hanya perlu mengukusnya sahaja.. =)



Ada sesiapa suka makan peria katak?









Previous
Next Post »
15 Komentar untuk "Resepi Peria Katak Berinti Kelapa"

Akak dengar nama peria tu pun dah cam cemas. Huhu... Sedap ke ni? Rasa pahit peria tu tak meresap ke pada inti tu nanti?

nice idea .. selalu goreng dgn tepung jer.. potong nipis² .. seyes x pernah buat mcm ni tau ...

serius tak pernah makan lagi..hehe

Macam sarok lada je kan..
Nanti nak try lah...
Faberet ni peria katak..

Peria jarang makan sebab pahit, tapi betul tu yang pahit tu ubat ha ;)

assalamualaikum qaseh...mamapun x pernah buat mcm ni x tahu la rasa die mcm mana...:)

Salam sue...seumur hidup k.atie hingga kini..xpernah mkn sayur peria ngan sayur bendi
Xtau la nape:D

saya suka peria ni...mesti cuba ni...tq yer...

peria katak mcm ni mmg tak pernah mkn.. tp kalo msk dalam gulai tu mekchu mmg suka.. sedap tau..

wani xsuka n xpernah makan peria hihi

peria..?/ pahitnya.. xleh nak telan..

wah, nk try la..saya mmg minat peria, tp yg besauu tu..yg katak nih pernah celur cicah budu je..ehehe..nnti nk try masak gak, tp nk add on sket, taruk isi ikan bleh tak? hehehe

Salam kunjung dan ziarah di sini..Terima kasih ya terjah blog saya..:) harap ukhuwah kita terjalin hingga akhir hayat..ameen…wah pandai nya..suka nye blog n sebab tgk banyak entry pasal resipi…nanti bolehlah saya cuba2 ya..:)

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF