Biskut Snow Almond


 Bahan-bahan A:

200gram mentega
100gram gula kastor
1sb shotening
1sk esen kopi
1 biji kuning telur

Bahan B:

220gram tepung gandum
70gram tepung ubi
50gram nestum (kisar)
40gram badam (kisar) ciksu guna serbuk badam
1sb susu tepung
 
Hiasan

Coklat masakan (cairkan-kaedah double boiler)
White breadcrumb secukupnya

 Kaedahnya:

1- Pukul mentega bersama gula dan shotening hingga sebati.
2- Masukkan esen kopi dan kuning telur. Kacau hingga rata.
3-Satukan bahan B kemudian masukkan ke dalam adunan A tadi. Sedikit demi sedikit.
4- Uli hingga sebati. Kemudian bolehlah canai ikut acuan kesukaan.
5- Bakar dengan suhu 175 c selama 20minit. Angkat dan sejukkan sebelum dicelup dalam coklat cair.
6- Setelah siap celup dalam coklat cair, terpulang nak celup separuh atau kesemuanya, bolehlah digolek-golekkan dalam breadcrumb tadi. Ulangi hingga selesai.
7- Siap simpan dalam bekas kedap udara.

Rasanya memang sedap sebab ada badam dan coklat. Saya suka. 
Cuma sepupu cakap besar sangat. lambat nak habiskan sebiji biskut tuh..haha
Yang penting kekasih hati habiskan sebalang biskut nih..suke..suke *-^
Apakan daya sebab acu tu je yang ada...


Selamat mencuba...

Dikesempatan ini ciksu minta rakan-rakan yang singgah dan baca entri ini sama-sama berdoa supaya ummi iman cepat sembuh...





Previous
Next Post »
10 Komentar untuk "Biskut Snow Almond "

assalam
emmm memang sedap, mula2 tgk kawan2 tayang x minat tp bila rasa skali terus nak lagi la, skrg kalu ke rumah org beraya biskut ni akak cari he he
biskut moden yg blh dikatakan besttt kan

nampak menyelerakan....

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/09/kenalilah-bapa-anda.html

yeay..dah kongsi resepi :) thanx ...

suka biskut ni dah buat raya ritu sedap. anak2 suka

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF