JOM MASAK: Resepi Keledek Berinti Sayur Daging Campur


Setelah di`pecahbelahkan`..hehe
Senang dan 'simple' aje.. resepi amik dengan mak saya.. mak belajar dengan kawan katanya.. lain dari yang lain.. sedappp.. ala-ala cek mek molek pon iye jugak. cuma inti daging, cek mek molek inti gula, kan !

Bahan-bahannya 
  • tepung gandum -secukupnya
  • ubi keledek merah -rebus dan lenyekkan
  • daging cincang
  • sayur campur -secukupnya
  • bwang putih -tumbuk
  • bawang besar -tumbuk
  • putih telur -pukul
  • garam
  • gula 
  • lada hitam -tumbuk
  • serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar secukupnya
bentukkan jadi panjang-panjang gini....
Cara buatnya: 
1) Tumis bahan kisar hingga layu kemudian masukkan daging cincang, sayur campur, lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan jintan putih serta garam dan gula. 

2) Sesuaikan rasa mengikut kesedapan mulut uols lah yer.. masak hingga kering..

3) Satukan ubi keledek dengan tepung gandum.. untuk dijadikan kulitnya.. bila dah siap, isikan inti dan bentukkan seperti di atas atau terpulang..

4) Celupkan keledek yang siap dibentuk ke dalam putih telur..

5) Goreng hingga masak..
beginilah hasilnya....
Siap.. selamat menjamu mata dan mencuba.. minum petang dengan kopi o sedap ni.. hahahaaa..


Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "JOM MASAK: Resepi Keledek Berinti Sayur Daging Campur"

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF