JOM MASAK: Serawa Labu

Petang ni saya buat Serawa Labu je. Simple. Siap je terus makan. Berasap-asap lagi. Sedap. Makan pon laju-laju ajew.

Sebab nak merempit pergi pasar malam pulak dengan pak hubby-B. Jom, ada sesape nak itut pi pasar malam Jalan TAR, key el.


Sebelom bergerak, nak tepek resepi buat tatapan uols ;D


Bahan-bahan:
  • sebelah buah labu kuning dipotong dadu besar
  • gula merah -secukupnya
  • garam sesedap ghasa
  • santan (kalau nak kuah lebih, tambah lagi)
  • air -secukupnya
  • daun pandan-simpul
  • sagu-rendam bagi kembang/lalukan bawah air paip

Cara-cara

1) Masukkan labu dan air kedalam periuk dan masak sehingga labu hampir empuk.

2) Asingkan air dari labu yang separuh masak tadi. Masukkan santan,gula merah,garam, dan daun pandan. didihkan hingga labu masak..

3) Masukkan sagu dan kacau lagi hingga sagu jernih.

Oh ya, kalau uols nak masak labu terus pon boleh, gunakan santan perahan kedua. Bila labu dah lembut baru masukkan pati santan dan bahan2 lain.

:: pastikan santan tak pecah minyak. Selalu kacau ::


Labu yang siap dipotong. Kemdian dadukan atau terpulang dekat uols nak buat camna.

Tadaa.. jom minum petang.. 

pppsssttt: hari ni semua masak makanan yang mak selalu buat.. rinduuuuu la tue ;D






Previous
Next Post »
25 Komentar untuk "JOM MASAK: Serawa Labu "

sedapnyer..mak iman lau kg2 nh suke banget la.kak iman ske wat serawa durian..haiyo rempit g jalan tar..nk ikut

salam ciksu..
Nice resepi..
Apa khabar ciksu?

terliur lah plok..
taruk dalam peti sedap jugak ni

sedapnyerrrr cik su.....
tok wani selalu buat sebab kat belakang umah dia banyak labu hikhik

nak itut g pasar malam...!!! hehehe

sdapnya ciksu....sy xnk msk..sila anta ckit kt umh sy..haha

ohh~ labu boleh buat serawa juga ya.. bestnya... nnti boleh cuba..TQ share..:)

assalamualaikum qaseh...sedapnya serawa labu ni...:)

slalu makan gulai lemak je

tataula ape rase serawa lak

manis kan?

Segala bahan dari labu kuning mmg favourite satu family... Mesti nak cube ni~! :)

Favourite akak ni....tapi dlm rumah ni akak sorang je yg suka..huhu..jadi kalau ada labu tu sampai kecut dibuatnya. Bukan org kata ni pengat labu ke?

baru tengok pic yang kawan post kat fb. dia buat pengat labu jugak.

x pernah makan serawa labu ni..ape rase dia ciksu

sedapnye , nampak lemak berkrim disukai ramai

rindu kat mak ler tuu :)

dh lama xmakan labu sejak bersalin, my mil kata xelok, jd xmakan wlpn sbnrnya mmg xsuka... hi3..

dh lama juga xpergi jln tar kl sejak ada anak kecik susah nak bersesak-sesak tp keinginan nk pergi tu ada....

tak pernah buat serawa labu ni. tapi tgk pun dah terliur nih~

Lama dah tak makan serawa labu..
Rajin ciksu masak.. Kena p rumah la camni, leh makan sedap2 :)

labu masak lemak pun sedappkan...

serawa ngan pengat tak sama ke....huhuhu. Setahu saya, serawa yg durian tu je...yg makan ngan pulut

sue ni mmg pandai serba serbi kan..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF