Bubur Nasi simple tapi mengenyangkan..


Sesekali pekena bubur nasi sedapkan..
 nak2 kalau badan tengah tak sihat.. hihi..

Ada yang suka buat bubur tumis.. 
ada yang buat bubur tak tumis..
 so, terpulang pada selera tekak masing2 kan.. 

Kalau saya lebih suka rebus beras terus je.. 
sebab memang tak nak yang bertumis tu tapi sekali sekala ubah selera ok gak kan ;)

Senang je nak buat bubur ni kan.. 
adik2 saya pon boleh buat.. 
kihkihkih..
  • Beras 
  • halia -titik
  • serai -titik
  • isi ayam
  • sayur campur
  • lada sulah
  • garam

caranya:
  1. basuh beras, didihkan atas api dengan air, halia dan serai secukupnya.. biar sampai beras betoi2 kembang
  2. masukkan sekali isi ayam, sayur campur
  3. bila beras dah cukup kembang, perasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya


Bahan sampingan 
  • ikan bilis -goreng
  • kacang tanah -goreng
  • sambal kicap
  • daun bawang -saya tak letak sebab teda stok 


Makan bersama ikan bilis goreng, kacang goreng dan sambai kicap.. memang terangkat beb.. panas2, pedas2, masin2 manis gitewww.. hihi..

Menu makan malam saya malam ni.. simple kan ;)





Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Bubur Nasi simple tapi mengenyangkan.."

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF