Hijab, Rahsia Muslimah Menawan

Salam readers,

Pepagi ni nak share serba sikit info yang saya baca dengan uols.

Kata sharing is caring kan ;D


Saya masih ikut style ke-2 dan ke-3.. ;( 
Teringin juga nak pakai tudung labuh macam yang first tu. InsyaAllah..

 Nak baca kisah tudung labuh klik sini 

Kita masih boleh bergaya walaupun memakai tudung, tetapi perlu menepati syarat dalam Islam.

 Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud: “...hendaklah mereka melabuhkan tudung (selendang) mereka ke leher dan dada mereka...” (Surah An-Nur: Ayat 31).  


Cara berpakaian juga perlu sopan bertepatan dengan pemakaian tudung menutupi paras dada 360 darjah. Ia bermaksud, bahagian depan dan belakang perlu sama panjang.

 
1-      Anak Tudung – Jika anda gemar memakai selendang daripada fabrik jojet, satin atau pun sifon yang licin, maka seelok-eloknya anda menyarungkan anak tudung terlebih dahulu. Guna anak tudung buatan fabrik lycra kerana selendang tersebut akan mudah dibentuk serta terletak dengan cantik.
 
2-      Warna Terang – Hitam dan putih adalah warna selamat untuk dipadankan dengan apa jua warna, tetapi apa kata anda ubah cita rasa itu pada penampilan diri. Gunakan warna terang pada selendang agar wajah anda kelihatan lebih segar dan bersemangat. Ini kerana warna yang pudar, gelap atau pun kedam akan membuatkan wajah anda seperti lesu dan tidak bermaya.
 
3-      Corak Tudung – Elakkan memilih corak yang terlalu penuh pada tudung. Ia akan menyerabutkan penampilan anda. Cukup sekadar renda, kerawang, jemeki atau pun corak bunga di hujung selendang sahaja. Corak yang ringkas ini sudah boleh melengkapkan gaya manis anda. Jangan sesekali memilih corak berunsur binatang yang kontra dengan budaya Islam.
 
4-      Sanggul Belakang – Tidak dinafikan, kewujudan sanggul di belakang kepala membuatkan tudung beralun cantik, tetapi anda perlu ingat dosa yang perlu ditanggung. Sanggul yang terlalu tinggi bukan mengikut ajaran Islam.
 
Tegahan gaya ini telah diriwayatkan dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: Suatu kaum yang memiliki cemeti ekor lembu untuk memukul manusia dan para wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, kepala mereka seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. Wanita seperti ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan baunya dapat dicium selama perjalanan sekian dan sekian. (Hadis Riwayat Muslim)
 
5-      Bentuk Leher – Ini juga dilarang dalam Islam kerana menyerupai agama lain. Ia juga serupa menampakkan leher anda walaupun ditutupi dengan kain tudung. Sedar atau tidak, terlalu ramai yang meniru fesyen sebegini sekarang ini.

Nabi Muhammad SAW menerusi hadisnya berkata: “Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk daripada golongan mereka”. (Hadis Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibnu Hibban). Maka, ubah gaya tudung anda sekarang sementara belum terlambat.

 Alhamdulillah jika kita memang sudah memakai tudung selepas baligh lagi. Bagi rakan-rakan kita yang masih baru, teruskan niat uols itu kerana Allah SWT. 

Jangan sesekali memandang hina mereka yang tidak bertudung. Lebih baik kita sama-sama mendoakan agar Allah SWT membuka hati mereka untuk menutup aurat di kepala itu.

Sahabat, walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa, atau yang tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang lemah, ada cacat celanya.

Sekiranya ada sahabat kita terlalai, terlupa, tolonglah ingatkan dia dengan sebaik cara.
Dan yang paling utama, setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah. Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita.

Lagi kisah tudung labuh di sini <--- sila klik yer

pppsssttt: peringatan buat diri sendiri juga yang kadang-kadang alpa 


Previous
Next Post »
27 Komentar untuk "Hijab, Rahsia Muslimah Menawan"

thanks info yg berguna..sharing is caring..^_^

nak jugak cuba style no 2 tu dulu, InshaAllah.

tima kasih share cik su...wani pun masih yg ke 2 n ke 3 tu...semoga kita dpt melakukakan ke arah yg lebih baik :-)

Bermacam2 jenis fesyen tudung skang nih. Style saya masih no. 2 & 3.

kak fieda pun yg kedua ketiga jugak..tq sue share info ni..

sue..kak fieda dh pos hadiah sue tadi..nanti dh sampai bgtau tau..

as salam

akak baru ada beberapa koleksi tudung waning labuh..cuma jubah je jarang pakai..kena muhasabah semula ni..thanks sharing :)

Sama la, mudah-mudahan dapat berhijab seperti gambar no 1 tu :D


salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

Saya tak pandai bergaya dalam pemakaian tudung,tetapi masih mengikut syariat Islam...nak juga cuba macam 2 style..tapi tek tercuba lagi..he he he

Salam... saya biasanya no 3 dan menghala nak ke no 4 insyaAllah.

yang bertudung nampak leher tu skrg pun org selalu buat kan? Derang suka pin kan kat belakang leher. Mcm rahib pun ada skali tgk ye tak? Huhu.

sy pun...2 & 3
tapi skrg more tu tudung sarung tu...senang dan cepat
beli yg size m, dah tutup dada dh...

sy pun pakai yang 2 dan 3 jugak.. hmmm.. no 1..

yati pun sama macam sue masih mengekalkan ciri2 2 dan 3 hihi...InsyaAllah 1 ari nanti nak ke arah yg lbh baik lagi

thanx sharing info ye cik su,,masih bermuhasabah diri =)

ita yg no 2...
sampai sekarang macam tu lah jugak...

kengkadang jaa pon btudung x ikut cara yg betul. insyaALLAH akan diperbaiki...

p/s : tengkiu singgah blog jaa dan komen!

selalunya nik yg kedua. tapi kdg2 ade gak yg ketiga..huhu

semoga kita sama-sama ke arah yg lebih baik..

thanks... ingatan utk sy gak ni.. ;-)

tak suka sgt lilit2. biasa pakai labuhkan je ke bawah...

Bagus...peringatan untuk saya juga ni.....tq share.....like....

M suka entry ni cik sue... Teringin nk pakai gaya no1

samelah akak pun masih pakai tudung gaya 2 & 3 TU....

Alhamdulillah.. amir dah sembuh luka tu pun dah hilang takde parut.. insyaallah nnt² akak buat entry x draf pun lg... hihihihii.. bz sikit skg.

nice info ciksu . saya dalam proses melabuhkan tudung.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF