Jom Masak: Rendang Kupang

 

Dah lama tak masak kupang. My peberet. Hari ni masak kupang ala-ala rendang gitu.
Jom semak ;D

Untuk bahan KISAR : (pandai2 agak ye.. ni utk dua orang makan je)
Bawang merah
Bawang putih
Halia 
Lengkuas
Serai
Cili kering

Bahan-bahan lain:

Kupang -rebus dan kopek isi
Kerisik
Kentang -potong dadu, rebus (sebab tak nak amik masa yang lama)
Daun kunyit -racik
Daun limau purut -koyakkan
Garam dan gula sesedap rasa
Santan (terpulang)
Air secukupnya


Caranya:
  1. Tumis bahan kisar sampai naik bau. 
  2. Kemdian masukkan kerisik. Biar pecah minyak.
  3. Kalau pekat tambah sedikit air. Sebab kupang sendiri akan keluarkan airnya nanti (sebab ciksu tak guna santan yer)
  4. perasakan garam dan gula sesedap rasa. agak cukup rasa
  5. Masukkan kentang dan kupang. Reneh sampai didih.
  6. Tabur dengan daun limau purut dan daun kunyit. kacau sebati.
  7. siap .tutup api.

(terpulang ada setengah orang masak rendang tak tumis pakai minyak kan. terus tuang bahan kisar dalam kuali then terus renehkan atas api perlahan.)



pppsssttt: ada sikit lagi baki.. esok masak apa pulak yer ;D



Previous
Next Post »
20 Komentar untuk "Jom Masak: Rendang Kupang "

suka mkn kupang..tp xpernah try masak rendang ag

Kerang rebus cicah sambal kicap pun dah sedap inikan lagi masak rendang mesti meletopz:)

alaa alegik seafood. dpt tengok jela. ;)

ish..telefon tertinggal rupanya..patutulaa dok tgg sms tak balas..hiih...ciksu kerja kat mana?...

tak pernah makan..masak apatah lagi..tentu sedap nie,..tgk gambar pun dah tau nih

as salam

akak memang minat sgt makan kupang ni tp jarang2 boleh dapat makan

sedapnya cik su,,fevret saye ni,,mkn kompom tmbah2,,hihihih

sedapnya..kupang masak rendang..blum pernah masak dan rasa lagi..ermmm

waaa, sedap ini, malam malam aku tengok ni rasa macam nak makan poun ada,, tapi xbaik makan waktu malam. haiyaa apa boleh buat.

oh..tak pernah masak kupang mcm ni..nanti nak try la....nampak sedap aje tu...;)

Perghhh sedap tu..jelesnya asyik tayang masak kupang ja..terlioq M tau..

Mesti sdp. Nk masak kena ada dapur baru bleh :(
Lapar la plak ciksu!!

checking checking resepi kupang kat sini jap sementara boleh ni kan.. tak pernah masak sebenarnya kupang tapi terasa nak makan sebelum berpantang hehehee. gediksss sagnat kan.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF