Air Dan Jem Roselle HomeMade.. arrggghhh

sedapnya bila semuanya berjaya dihasilkan sendiri tanpa sebarang pewarna dan perasa tiruan.. cewah.. ;D

Iya, betol ciksu buat sendiri hokey.
Entri ni ada tiga sesi. Bermula dari sesi memetik buah,penyediaan air dan seterusnya penyediaan jem roselle.
  •  SESI MEMETIK BUAH ROSELLE
Layan.. terbaek dari ladang weii.. :)

Amacam besaq-besaq kan.. baka mana tak tau la.. BUAH ROSELLE ni petik kat belakang umah MAK PERAK sebab mak ada tanam sikit-sikit.. jadilah untuk minum anak beranak kan.. hihi



Mak Perak ada bagi benih sikit hari tu (dalam bulatan) amik dari kelopak roselle yang dah tua.. bawa balik KEDAH.. suruh ayah cambah.. lepas ni boleh petik kat belakang umah MAK KEDAH la pulok ;)

Sesiapa sahaja boleh tanam di kawasan rumah sebab bukan susah pon untuk menjaganya.

Ni la pokoknya. Lebat buahnya serta daunnya..



Amacam ada geram tak nengoknya. Memang terbaek wa cakap..
  •  SESI PENYEDIAAN AIR ROSELLE..
BAHAN-BAHAN:
  • Buah roselle (anggaran dalam 20 biji)
  • Gula pasir (nak manis 1kg)
  • Air


CARA-CARANYA:
 Asingkan biji dari kelopak bunga. Cuci dan toskan.

 
Didihkan air dan masukkan buah roselle yang siap diasingkan.

 
Renehkan atas api perlahan ;D 

Bila agak setengah jam gitew atau bila air berubah menjadi MERAH. Tapiskan kelopak bunga dari airnya. Jangan buang tau ;D

Yang bahagian airnya itu boleh lah dimasukkan gula pasir dan masak lagi. Hingga sebati, cukup rasa. Tutup api. Biar sejuk isi dalam botol.

Ada ghasa manis-manis dan masam-masam BUAH ROSELLE yang asli gitew ;P

Dapat 2botol. Satu botol bekas oren sunquik ni, satu lagi botol jus tropicana. Banyakkan. Saja buat stok dalam peti ais tu.. hihi.. Setiap pagi amik satu gelas. Minum suam-suam kuku. Sedap. 

Katakan TIDAK pada ais batu, boleh ;D
  • SESI PENYEDIAAN JEM ROSELLE
BAHAN-BAHAN:
  • Kelopak bunga yang ditapis
  • Gula Pasir
  • Air
 
Lepas uols tapis kelopak bunga tadi, biarkan sejuk sebentar.. kemudian kisar dengan sedikit air. 

Masukkan dalam kuali, letak gula pasir. Kacau hingga sebati dan hampir kering. Reneh atas api perlahan sambil kacau yer.. kemanisan jem terpulang pada uols.
.


Tadaaaaa.. daaaaa.. siap sudah JEM ROSELLE ciksu ;D 


Berrminat? Sila isi borang yer.. hihi

Dapat la satu tupperware tecik tu.. banyak tak terkira dah tu.. stok untuk 2 orang makan..  haha 

Rugi tau kalau uols tak minum AIR ROSELLE ni sebab banyak KHASIAT.

Antaranya:
  • Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.
  • Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’. Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari trejadinya penyakit tekanan darah tinggi.
  • Pencegah Kanser. Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
  • Demam Panas/Selesema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.
  • Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.

pppsssttt: Rasanya lengkap dan dapat membantu uols ;D
Previous
Next Post »
31 Komentar untuk "Air Dan Jem Roselle HomeMade.. arrggghhh"

Wah, segar buahnya. besar gedabak jugak tu..hihihi..mcm best je..selalu saya ngap halwa roselle aje, kordial pernah cuba kat expo, tp cair sgt, rasa mcm ribena aje..halwa sedap tp rare sgt. payah jumpa.

Lama tak tempoh tanamnya..kalu siram jarang2 agak2 hidup x? hehehe..sbb sy xleh menanam, xboleh nk bg komitmen jg pokok sbb selalu jalan jauh..huhuhu..tanam lalang berjaya sangatlah kat depan rumah tu..

pernah buat entri gak pasal roselle n cuma buah tu rakan sekerja yang bagi hehe

ooohhh..macam tu gaya org buat jem rupanya..

:)

nmpk sedap la..

betul tu,sy dah pernah buat jusnya sndiri...mmg sedap yg pasti ia asli tnpa pewarna kan...tp yg jem tu...ooh sy belum tlintas buat..hehe ..nnti bleh lah dibuat jem ikut petua ciksu.. TQ ya coz kgsi info rossell ni...

wah pndai cik sue buat,heheeh pos sini sikit =p

wow pelbagai guna. mmg sedap kan. dulu mak pernah buat jgk. tp kelopak yg direbus tu dibuat halwa. sedap.. masam2 manis. mcm asam. :)

salam ukhwah..
bestnye dpt menanam rosselle ni, mak nisah kat kg pun ade pokok ni, tgh cari kat lgk, kot2 ade benih rosselle, nak tanam :)

Dulu, time kami sekeluarga masih tinggal di Labuan, Mummy memang ada tanam pokok Rosalle nie...Memang best...Tapi, sekarang nie dah takda...Kalau kepingin nak minum air Rosalle, beli jak dalam botol...Huhuhu...

yana pon ada tanam rossel nih dulu..pokok nih cepat hidup dan berbuah..best cicah dengan kicap buah rossel nih..nyummy..

sedapnya air roselle tue..terbaik dr ladang..

laaa....senang sangat..

nak ambik resepi lah nak buat jugak..
kat umah banyak buah roselle yg dah tua...

tima kasih cik sue

bagus tu klu bley tanam sendiri...byk pulak khasiatnya...

as salam

wajinnya cik su buat air n jem roselle..akak ada bagi kat jiran bunga ni dia tlg buatkan...sedap jugak kan:)

wah..sedap...xde lebih ke ciksu..ngeh2...

nak try tanam la lepas ni..hehehe.. cantik lepas tu boleh dibuat jus dengan jem..multi function..

wah freshhhh tu buat sendiri air rossele

wow..
baru semalam minum..
tak sangka bunga dia bentuk unik..
thank u for sharing~

halooo ^^ wow cool. i wonder macam mana rasanya jem roselle :)

dulu ada tanam pokok nie kat umah, dh pernah wat sendiri ari roselle nie, suka..memg suka, mcm air ribena..dan pernah jgk wat jem...sedap jgk..

wah mcm best je... tp umah sy xda pokok roselle

Air Roselle memang sedap, MJ suka minum masa study dulu :D

ala.. ade benih lagi x?? nak jugak.. nak tanam.. macam best jer... bua sendiri.. sebab suke jugak minum air rosell ni..

gigih scroll nak tengok...air sirap slalu..jem baru...menarik gak tu..jimat sudah beli jem..hihihi

msa kceik2 dlu slalu minum sbb ada pkok tepi rumah.. tp skang da x minum da.. nk beli yg pure..bru best

dulu kt kg banyak roselle ni..SA suka sgt2...

Bagusnya entry ni.
Betul dekat kampung memang banyak ditanam. Kalau nak tanam lagi boleh dapatkan benih Roselle , wassap-017-436. 3649.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF