AIR BARLI baik untuk orang yang demam..


Ya tepat sekali. Macam saya sekarang ni yang tengah demam dan selesema kan.. huhu

AIR BARLI memang minuman kegemaran saya dan cik abe. Pendek kata stok BARLI sentiasa ada dalam kabinet dapur. Kalau habis terus je masuk checklist. Hujung bulan beli lagi. Kan senang :D

Kalau minum dekat luar pon kami selalu order AIR BARLI. Yang panas ye bukan yang sejuk. Lagi satu sebelum nak order tu saya akan tanya dulu..

"Barli serbuk ke barli biji".. 


Sebab kalau barli serbuk saya kurang berminat. Lebih suka barli biji sebab lepas minum boleh gigit-gigit biji barli tu.. hihi..

Kenapa saya suka minum AIR BARLI. Salah satunya sebab sedap la. Lagi satu sebab banyak khasiatnya tau. 

Selain baik untuk orang yang demam, AIR BARLI ni juga elok untuk menyejukkan badan. Ye la orang demam kan suhu badannya tinggi sebab panaskan. So, bila minum AIR BARLI secara tak lansung dapat la kurangkan panas badan tu. Bila dah selalu minum time demam tu secara tak langsung AIR BARLI ni membantu melawaskan kencing. Dan yang paling penting nak buat AIR BARLI ni modalnya tak la banyak. Sangat murah dan berbaloi-baloi ;)
 
Dah la murah, cara nak buat pon senang je. Tak caya jom tengok. Ala uols pon selalu buat kan ;)

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:


  • Barli biji secukupnya
  • Gula Pasir secukupnya
  • Daun Pandan
  • Air secukupnya
Caranya:
  • First sekali uols rendam dan cuci bagi bersih barli tadi. Buat macam uols cuci beras. Pastu sejat sekejap. (sejat tu maknanya tos la).. hihi
  • Kemudian masukkan air dalam periuk. Kuantiti terpulang dekat uols hokey. Biar mendidih.
  • Kemudian masukkan barli yang siap dicuci tadi.
  • Simpul daun pandan campak masuk sekali. Wangi satu rumah lepas tu..
  • Rebus sampai biji barli tu lembut ye. 
  • Bila dah lembut masukkan gula pasir secukupnya. 
  • Bila siap tutup api. 
  • Sedia untuk diminum. Boleh minum sejuk atau panas. Terpulang. Citarasa masing-masing kan :D
 
Lepas minum tu ghasa segar je. Minum suam-suam kuku. Alahai nikmatnya bila rasa kemanisan AIR BARLI ni :p

Oh ya lupa pulak. Kalau uols suka boleh perahkan sedikit lemon. Sedap tau. Masam-masam manis ghasanya :D
 
pppsssttt: ALHAMDULILLAH. Makin ok sikit hari ni sebab dah pekena ubat selesema dan panadol. Memang power punya obat. Tak da la sakit lagi hidung saya ni kan. Tekak pon dah tak sakit sangat sebab batuk pon dah kurang. Cuma makan je kurang sikit. Tak lalu ;D


Previous
Next Post »
34 Komentar untuk "AIR BARLI baik untuk orang yang demam.."

air bali bgs juga utk kencing x lawas kan? selalu cari air ni kalo dpt penyakit tu..haha.. dpt penyakit baru nk cari..haihh x bgs betol.. ;p

suka minum air barli ni sebab sejuk badan...elok jugak utk sesiapa yg ada masalah lawas kencing kan..

Seriously?? Wahh, good timing. Sy tgh demam skrg ni. Haha. Thanks for sharing :)

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

http://wisataoutboundmalang.com/

http://www.nolimitadventure.com/

setuju!! air barli penyejuk badan..
husna kalau makan kat luar pon mesti order air barli..x suka minum kat luar air yg bersusu..nanti penuh perut..

bkn org demam je minum barli org sihat macam zaza pun suka barli hehe

hye.! singgah sini + nak komen ni.. hee =)

nampak macam sedaap kn.. tapi far ta suke barli.. cm pelik je rasenye.. hee =)

agak2 free tak.?? jom join satu segmen..

http://fasyrah89.blogspot.com/2013/01/hanif-idrus-giveaway-2013-segmen.html

if tanak join takpe.. tapi drop komen la kt situ ya.! =) boleh kan.??

thx.! =))

nak rendam barli tu bape lama ek? :)

ada barli serbuk ye??pertama kali saya dengar..hihihi. moga cepat sembuh su..

p/s : mak sy asal kuala kngsr.. kota lama kiri n saya pun dulu pernah keja dekat kuala..hihih. ohya saya dengan k.ina biras.. :-)

Setuju... kakak pun suka. Lagi satu kalau ikut kepecayaan keluarga kakak utk kita org perempuan baik sebab tidak mudah kena kencing kotor..

sy pun suka air barli ni sis..mmg bagus utk sejukkan suhu badan

lg satu air selasih..mmg sntiasa dlm checklist :)

Alhamdulillah Cik Sue dah bertambah sihat.. Ros tak minum barli.. hihi.. tak menggoda tekak kot?..

sampai kembang cik Husna. heheeheh
Kalau kencing tak lawas pun ni lah ubatnye kan??? hehee

air barli mmg sedap... sy pun kalau alisha n huby xsht, mesti rebus barli...

*thanks tau bg link tu... dah gtau hubby cara dia.. hihii

walaupun Barli ni sedap, sejuk & sesuai dgn org2 yg tak sihat.. tapi Nisah x suke le pulak.. hehe sebab bila minum je mesti rasa mcm mkn bubur gandum hehehe

betul tu su akak kalau anak2 x hilang demam pas makan ubat akak bg makan barli... barlikan salah satu amalan makanan mengikut sunnah nabi muhammad..

owh..saya baru tahu ni..menarik..terima kasih untuk perkongsian ni..^-^

fara pun suke air bali , mmg bnyak kan khasiatnye , hehehhehe

bermanfaat ni kak.. nak2 suami jijah tengah demam panas ni..

panas taknak turun.. leh beli barli ni..

sungguh sedap minum air barli..nak nak time hari panas kan?

pun baik utk org lepas operate..dedulu jenuh cari air ni masa mak kat sepital, alhamdulillah ada jual kat kedai tom yum depan sepital masa tu :)

sue nanti beri log masuk blog gan pasword ya....nak betulkan header tue...dengan tulisan..

jarang saya minum air barli ni...selalunya better half jer yang minum...dia yang suka...

Nur rasa teringin pula air barli ni...
ermmmm.....

kite suka juga air barli. sedap kan kak. hihii tapi tak adda stok kat rumah. bila rasa teringin barulah p beli. :)

air bali ni pown bagus utk org yg kencing kotor dan dpt mengurangkan kadar gula dlm darah (diabetis)

Mmg peberet all season air barli ni... lagi yg suam2.... gelas besaq pon abesss...

sesuai minum di cuaca panas begini ...

Baru come across your blog. Terus beli barli nak buat ubat demam.. Thanks for the tips.

Sila singgah.. http://mommadaddy.blogspot.com

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF