Ayam Goreng Serai..

Menu yang simple untuk malam ni. Senang dan cepat disediakan. Tak payah pakai banyak bahan pon. Adik-adik yang muda remaja pon boleh sediakan untuk hidangan sekeluarga ;)

Ini aje yang ada dalam stok peti sijuk saya. Alang-alang dah buka dah terjumpa maka haruslah dikerjakan juga. Biasala khan hujung-hujung bulan. Makanan kena catu.. hihi. 

Makanan orang bujang la katakan. Tak payah beria bagai nak buat lauk pauk penuh meja. Itu semua penambah kolestrol dan lelemak dalam badan.. hihi

Sekali sekala tak pa.

Apa yang diperlukan ialah:


  • Ayam 
  • Serai
  • Bawang besar
  • Cili padi
  • Garam 
  • Serbuk kunyit

Bagaimana:

  1. Ayam kalau boleh campur la bahagian dada sikit, bahagian tulang-tulang sikit.. dadukan atau potong ikut citarasa.
  2. Bila dah siap cuci bagai.. toskan.
  3. Kemudian gaulkan ayam tadi dengan garam kunyit.
  4. Sementara perap sekejap bolehla potong serai halus-halus. Bawang besar potong bulat. Cili padi ketuk aje.
  5. Gaul ayam yang siap diperap tadi dengan serai.
  6. Panaskan kuali dan goreng ayam tadi. Agak nak masak tabur bawang dan cilipadi. 
  7. Goreng sekejap dan siap.   
  8. Ikut uols ok. Kalau nak bagi ayam tadi garing, uols boleh goreng dalam minyak yang banyak. Bila siap goreng tapisla minyak tadi. 





pppsssttt: Tapi ciksu kan ada suami yang sangat anti dengan minyak. So, ciksu hanya letak ala kadar saja sebab tu ayam ciksu tak berapa garing. Lembut-lembut gitu.




Previous
Next Post »
12 Komentar untuk "Ayam Goreng Serai.. "

mmg mudah sangat...leh ikut resepi ciksu ni nanti eh...kebetulan ayam masih ada kat peti ais nih..

kalau akak plok suke renjis kicap sikit...
sedap...

lapor tengok gambar ayam tu kak..hehe..esok, mesti cuba ni.

resepi yg simple tapi menarik utk dicuba.

selalu dengar ayam goreng kunyit..
ni ayam goreng serai eh..
nanti nak cubalah.. :)

wah sedapnya..kak intan kalau serai suka juga kalau ada potong halus, time buat ayam goreng or ikan goreng...[part last sekali masukkan ..goreng jadi garing...makan dengan nasi panas2 ...ada sambal belacan sikit..wangi lauk ayam atau ikan grg tadi

ayam serai...akak kalau masak kan..suka berlebih lebih letak serai..sedap....hubby akak pun tak suka minyak melimpah ...tapi akak akan tapis nanti...

ayam goreng serai xpenah buat lg..vleh try pasni

Tak pernah try lagi. Thanx Cik Su kongsi resepi..

haaa yang ni nisah suke..
ayam ada kat umah ni..
serai ade kat laman tu..
cili padi ada dlm peti ais...
hehhe kira mlm ni Ayam Berserai lah nisah ye .. ngeh ngeh ngeh ngeh...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF