Ye la sebab sedap sangat. Rasa macam makan hasil air tangan chef original aje.. hihi
Rasa-rasanya semua ahli GSF dan rakan blogger yang lain sudah pon merasai sendiri keenakkan rempah masak hitam ni. Mungkin saya yang terkebelakang sikit.. hihi.. tak kesah janji dah dapat rasa walaupon lambat ;)
Sebenarnya order bulan November tahun lepas lagi tapi terlupa nak menjenguk peti surat. Sekali tengok.. "Eh.. eh.. dah sampai la.. bau rempah masak hitam ni jangan cakap la".. menusuk ke dalam lobang hidung tau.. wangi sangat aromanya..
Baru aje berkesempatan nak masak guna rempah masak hitam ni. Tak payah lauk pauk tambahan cukup dengan Ayam Masak Hitam makan bersama nasi panas. Nak berkuah atau kering terpulang pada citarasa memasing ye :)
Saya guna ayam daging biasa. Ingat lepas ni nak cuba ayam tua pula. Rasanya lagi sedap kot sebab isi ayam tua kan pejal sikit berbanding ayam daging kan lembut isinya. Masak biar lama sikit bagi semua rempah ratus diserap dalam isi ayam tua tu. Mesti cuba tak cuba tak tau kan.. ;)
Bahan-bahan:
1 ekor ayam daging
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cawan kerisek
1/2 cawan kicap manis
Air asam jawa secukupnya
4 sudu Gula -saya letak ikut citarasa
Garam
Cara-caranya:
- Ayam potong kecik-kecik sebab senang nak ratah.. tepulang la uols nak potong berapa pon..
- Untuk bahan tumisan hiris halus..
- Dalam bekas lain masukkan rempah masak hitam.. kemudian gaulkan rempah bersama kerisek, kicap dan gula hingga sebati.. perap bersama ayam tadi.. lagi lama perap lagi sedap tau..
- Tumiskan bahan yang dhiris halus hingga naik bau.. bila dah naik bau..
- Masukkan ayam yang telah diperap.. kacau biar sebati.. biarkan..
- Agak bila dah pecah minyak masukkan air asam jawa, tambah garam dan gula sikit.. ikut citarasa memasing ye.. biarkan mendidih (guna api perlahan)..
- Nak berkuah sedikit atau kering terpulang.. bila dah cukup rasa tutup api dan angkat..

Haa.. inilah rempah masak hitam special yang dibeli dengan MAMA MIA. Belom buka sampul pon dah terbau aroma rempahnya. Belom masak lagi tu.. hihi..
Dan jangan risau setiap pembelian rempah masak hitam ni ada disertakan sekali resepinya. Terpulang pada kita sendiri macam mana nak menghasilkannya.
Alhamdulillah memang cukup rasa. Puas hati. Memang sedap dan terbaek. Suami asyik puji je.. "Sedap, cukup rasa, boleh beli lagi ni"..
Bagi yang belom mendapatkannya boleh menghubungi MAMA MIA di talian kosong satu empat tujuh tiga lapan empat empat empat empat.. tekan-tekan tak dapat kan..
"maaf nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami".. i`m sorry atau terus saja ke SINI ..
pppsssttt: siap dapat `saguhati` lagi.. tenq akak ;D




31 tinggal nota CINTA:
Kena letak kerisik eh
sedap nyerrrr!!
pehh terliur! sedapnya kak..
Wah sedapnya...nak order juga la nnti.. Tq sharing ya :D
Nyummm...nyummm...singgah sebentar, kalalau makan dgn nasi panas2 ni mesti mabelesss kan??
Sedapnya. Nak sikit ☺☺
boleh cuba nih... ^_^
tengok gambar pun dah rasa sedapnya..hehe
sedapppppppnnnnnnyyyyyyyyyaaaaaaaaaaaaa..........
oowh..rempah instant ni..senang la kan?
alamak sedap nye cik su!!nk kena try ni
mmg tak di nafikan kesedapannya..!
Hari tu nur buat daging..nanti nak cuba buat ayam pula....
Ramai blogger dah beli rempah awesome ni, hasruslah try :D
KA pun suka cuma KA kurangkan quantity gula tu hehehe
dapnya ayam masa hitam nih....bau harum semerbak nih sampai kat opis kita nih.....siap resipi lagi..ni yg best nih! pastu kan pinggan antik! memang la feel makan lagi best kan..betul tak??
uish..geram pulak saya tengok... nampak sedap tu
sue.. cpt2 bg alamat.. nk dtg umah rasa air tgn sue ni.. haha :p
akak punye rempah ada lagi separuh..memang sedap aroma dia..
insha Allah nanti nak beli kat izan..yang sue masak ni pun nampak sedap berperisa :)
**akak kurang makan sayur sebab cam tak lalu sayur kecuali petai..hik3
kurangkan cendawan sekarang ni sbb katanya pencegah kehamilan..kita kan nak bby :)
tgk gmbr pon boleh telan air liur...
Ingatkan luar biasa tu ayam bertukar jd putih ker keh keh keh......Haaa byk lagi rempah tu, cer pos ke brunei satu kikiki.....
saya pun x beli dan cuba lagi hihihihihi...
ramai kata sedapp.. hadoilah mahu cuba juga...
oo.rempah dia kena oder eh..
takleh buat sendiri ke?
nampk sedap je ayam tu..kalu rasa lagi la..mesti lagi..lagi..lagi sedap kan...telan air liuq je la nih..hehehe
tak try lagi la...teringin nk try..
salam Qaseh...sedapnya...terimaksh berkongsi resepi ye...
terimakasih sudi berkunjung ke blog saya..
uish..siap ready made ye..
senang lar mcm nih..=)
cam best sbb yana suka lada hitam
lya pon dah beli.. lama dah.. mm sedap sgt2...
Senanglah kan kalau nak masak sebab dah ada rempah perencah, belum pernah cuba lagi ni... tq for sharing!
ada jugak baca pasal rempah ni.. tapi, tak try pun lagi beli.. hihi.. sedap eh Cik Su?.. nak try jugakla nanti..
mmg sedap kan masak guna rempah tu hehe
ooo..dah cuba yer..sorry cik su..baru terbaca..maklum laa ct 2 minggu dulu..byk entry terlepas..kalau line laju mmg haajat nak geledah semua entry...line slow sangat ni
Post a Comment