Cara buat DUIT dengan NUFFNANG..


So, hari ni dengan baik hati nak kongsi serba sedikit apa yang saya tahu tentang NUFFNANG.

Walaupon uols lagi terror dari saya kan.. tak pa ini untuk kenang-kenangan saya di masa akan datang, boleh ;D
 
Apa dia UV atau Unique Visitors (pengunjung unik/kos per impression) 
Apa dia BE atau Buffered Earning (Metered CPM / kos per impression bermeter)

Selepas mendaftar bersama Nuffnang korang di nasihatkan memilih Papar Iklan Global CPC dihalaman Pengurus Blog.

Masukkan ketiga-tiga iklan Nuffnang di dalam blog uols. Jika blog uols mempunyai kesemua 3 jenis unit iklan, ini secara tak langsung dapat meningkatkan peluang uols untuk dipilih supaya dapat kempen.

Ikaln2 boleh diletak di Header blog (LEADERBOARD), Sidebar blog (SKYSCRAPER) dan antara petikan/ entri blog (LARGE RECTANGLE)

Opsyen "Papar Iklan Global CPC" akan memaparkan kempen iklan CPC yang diluluskan oleh pengiklan NUFFNANG. Ini akan membenarkan korang untuk memperoleh pendapatan sementara menunggu kempen CPM daripada mereka. Jika tiada kempen CPC yang aktif bagi unit iklan tertentu, ia akan dikecilkan bagi memendekkan masa blog korang dan pelayan NUFFNANG.
  • Bagi kempen CPM (kos per impression)
Pendapatan yang uols dapat tu bergantung kepada jumlah purata pengunjung unik yang uols terima dalam minggu setiap kempen itu diberi (boleh lihat di halaman Analitik Nuffnang)

uols kemdian akan diatur ke “Tahap Kategori Blogger“ berdasarkan jumlah purata pengunjung unik blog uols(status biasa / glitterati)

Status keahlian juga memainkan peranan dalam pengiklanan kempen kerana pihak pengiklan NUFFNANG mengutamakan blog Glitterati untuk iklan mereka kerana 
ia merupakan sebahagian daripada program ganjaran terhadap blogger setia NUFFNANG. 
Ahli biasa akan tetap dipilih untuk kempen iklan tetapi dalam bilangan yang lebih rendah berbanding ahli Glitterati.

Bagi setiap kempen, uols akan dibayar kadar yang tetap untuk setiap unit iklan. Jumlahnya bergantung kepada Tahap Kategori Blogger uols la. Lebih tinggi tahap blog uols (atau lebih banyak bilangan pengunjung unik) maka lebih tinggi jumlah pendapatan yang uols boleh dapat.

Segala maklumat mengenai Tahap Kategori Blogger dan jumlah pendapatanuols dapat dilihat melalui halaman Pendapatan CMS anda uols. Maklumat ini akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja setelah suatu kempen iklan itu tamat.
  • Bagi kempen CPC (kos per klik)
Pendapatan uols akan diperoleh berdasarkan setiap bilangan klik oleh pengunjung uols terhadap unit iklan yang memaparkan kempen iklan CPC.

Pendapatan yang diperoleh tadi akan dikredit ke dalam akaun selepas 3 hari kempen CPC tamat dan ini bermakna bila sesuatu kempen tu tamat makanya iklan CPC tadi tu dah mencapai sasarannya ler. Tapi kan kalau ramai pengunjung yang masuk ke blog kita tapi mereka2 tak mengklik iklan yang dipaparkan tu, maknanya kita tak akan dapat duit tu la.

Saya dok harap per klik ni je la..huhu.. boleh la sikit-sikit..
  • Bagi kempen MCPM (Metered CPM / kos per impression bermeter)
Pengiklan akan membeli sejumlah set bilangan pengunjung unik daripada blog uolsuntuk memaparkan iklan mereka dalam tempoh minggu tertentu.

Jumlah pendapatan yang uols perolehi akan disimpan sebagai Pendapatan Terumpuk sementara kempen itu berjalan sehingga ia mencapai bilangan unik yang dibeli pengiklan daripada blog uols. Setelah blog uols selesai memberikan jumlah unik yang dikehendaki, pendapatan uols akan dikredit masuk ke dalam Pendapatan Semasa. Paham ke? Kena tengok statistik di Nuffnang baru boleh paham tau.

Maklumat tambahan:
  •   Uols kena la rajin update blog (ghajin dah tapi tak da pon...)
  • Orang suka masuk ke blog melalui carian atau SEO (search engine optimisation) semakin tinggi peluang dapat BE. UV bergantung melalui carian SEO (betoi-betoi.. )
  • Nak dapat BE kalau boleh kena maintain UV antara 100-200 sehari. Bergantung pada nasib dan rezeki juga la(uv saya bolehlah )
  •   Kena la sokmo2 gi melawat website NUFFNANG. Update halaman blogger bio dan kemas kini tinjauan di halaman pengurus blog (ooo.. ye ke.. selalu je pergi melawat.. tak da pon.. )
  •  Hantar tiket ke NUFFNANG. Macamana?
     Klik button bawah sekali yang tertulis perkataan "hubungi kami" dalam website NUFFNANG.
    (dah send dah.. tunggu je la ciksu oii.. )
  • Buat entri yang ada backlink ke NUFFNANG.
     Contoh promosi kempen yang masuk ke blog korang (ooo.. baru tahu.. )

Ini apa yang saya paham selepas dok mengkaji, membaca dan mencari nape la saya tak dapat2 CPUV/BE ni lagi.. sedangkan blogger lain syiok je dok menempek kat entri masing2. Huhu.
Jom daftar di http://www.nuffnang.com.my bagi yang belom ada akaun NUFFNANG lagi.. 

pppsssttt: Dengan harapan NUFFNANG dengar la rintihan kecil hatiku ini.. ;D



Previous
Next Post »
43 Komentar untuk " Cara buat DUIT dengan NUFFNANG.."

thnks for info wpon nuff malu2 je singah blog sy he3

Kakak tak daftar pun dari dulu hingga kini sebab blog kakak suam-suam kuku nak update pun liat CikSu... tunggu kakak pencen agaknya baru rajin update selalu..

hrp2 pasni masuk be kat blog ni ye cik sue..

Terima kasih... cuba2 buat paham..hehe.mcm komplikated jer. sebab sy belum daftar dengan nuffnang. thanks 4 sharing!

Oh..........patut lahhhh....nieyl nyer masih x di pandang oleh Nuffang nie..hehe~

blom de rezeki ciksu lg tu... Tungguuuu... Da dpt nnti jgn lupa banjer akak tau.....

dah lama tak dapat BE...huhuhu..

hoho..okey...sy pun akn truskn usaha lg...hihi

Saya tak dpt BE baru pon...huhuhu...

hehe dpt be mmg bez..tp kdg2 tk lt nk mantain uv.hehe

Tak pernah kakcik jumpa pulak kuih warna pink tu. :)

wahh..mmg penuh maklumat ni.. :)

mmg rugilah siapa yang tak amik tahu.. :)

dulu pakai nuffnang..sekarang pakai advertlets... ^_^

InsyaAllah, nanti sue pun dapat BE :-)

TQ sharing CikSue, berguna untuk org yang baru berjinak2 :D

same la kak..cheqkaq pon tengah berjengket2 nak berkenalan dengan nuffnang

Thanks kak....info yang menarik dan berguna pasal nuffnang ni....=D

thanx Cik SU untuk info ni.. Ros pun dok mencari-cari BE ni.. hihihi..

Mekaceh share info berguna nie,saya pun nak duit dari nuffnang,,hee,,,laa ni baru rajen update belog balik...

maceh.... maceh.... maceh.... cuba mengamalkan sebab sekian lama dengan nuffnang baru masyuk beberapa sen... hehehehe

Wahhh tqtq info bagus nihh

----------------------------

http://goalpooper.blogspot.com/

Thanks for this info, tadi baru perasan kt nuffnang Teena dah ada duit sikit, terus bersemangat nak tahu lebih lanjut..
Tp sy x faham sgt pasal nuffnang sume ni, kena study lg..

nice entry.. bagus untuk blogger baru yang baru nak berkenalan dengan NUffnang kan.. satu usaha murni.. 10 markah.. hihi

mehla lawat kita kalau free yer \\
http://novaleeza.blogspot.com

saya doakan awak pregnant dan dapat anak yang soleh dan solehah..aamiin..THANKS sgt2 sebab info pasal ni cuma ada yang tak berapa pasti lagi pasl BE sume tu..alhamdulillah nrl dah register nuffnang mlm ni..tgklah rejeki mcm mana kan..yuyu pon newbie lg ni sebab bz keje sgt2..btw thanks again..singgah la jenguk umah yuyu..hehe..Assalamualaikum ;)

memang kena letak ketiga-tiga jenis iklan tu ke?

Kalo boleh puan sediakan tutorial bagaimana nk letak nuffnang ads di tengah text dn sebagainya..sebab sy boleh letak di bhgn layout je.

tq

kalo boleh puan bg tutorial sekali ye...sy boleh letak di iklan di bhg layout je

nice... good job
lets visit my blog
http://khaiblogzz.blogspot.com

Good information...sy pun de mslh nk fhm nuffnang ni...dh lma daftar but still blom dapat paper lg,blom rezeki lg kot..then from ur entry ni br sy fhm Nuffnang ni cmner,lg yg psl nak kna promosi tu n kna dpt traffic yg tggi...wahhh...thanx u 4 d in4mtn
nnt jengah2 la blog sy yg br buat ni yer..
rydiacollection.blogspot.com

Alexa Rank you dah mantap! Mesti dapat buat banyak duit kan?

kalau indonesia boleh ikut takk? lalu,, macam mana pula, pembayarannya kalau oerang indonesia...

Info yang berguna..thanks a lot. Kalau sudi jenguklah blog saya yang tak seberapa ni..maklumlah baru beberapa hari join blogger huhu

http://mummyg-da.blogspot.com

i try tapi tak berjaya juga sis..maybe ada yang tak betul kot..btw thx fro info sharing.

Jika sudi singgah lah ke http://ailzab.blogspot.com

SY NEWBIE...singgah2 la blog sy and tlg click nuff jg tq kawan2..
http://fromalenspeks.blogspot.com/

Thanks untuk penerangan tu.. Alhamdulillah, selesai sudah tepekkk nuffnang kat blog..
Jom singgah klik (=
#DOne follow
http://cikcandysour.blogspot.com/

thanks for your info.:)
let's visit my blog at:-
http://eykhaz.blogspot.my

buat duit dengan www.kakigosip.biz ...adsense dan nuffnang alternative

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF