Drama "Setia Hujung Nyawa"..

  • "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau, tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan".
Setia Hujung Nyawa
Novel karya Fatin Nabila kini telah diadaptasi ke drama.
Suatu petang yang kesunyian. Akhirnya tangan ku gatal. Lalu tertekan channel TV3.

Dalam hati "ada cerita baru la".. Layan la sekejap. 

Macam best je. Yang paling tak tahan masa babak makan-makan dan masak memasak..

Zain : "Ni apa"?
El     : "Sambal belacan la"..
Zain : "Sambal belacan. U guna cili apa"?
El     : "A`aa.. sambal belacan. I guna ciliboh"..
Zain : ???????

Ni la episod pertama yang saya layan. Ntah dah berapa episod pon tak tahu. El buat sambal belacan guna cili boh. 

Punya la saya gelak sebab lawak. hihi.. dalam hati boleh la layan ni sebab relax je jalan ceritanya. Usik mengusik antara mereka sebagai pasangan suami isteri muda yang nampak serasi.. hewhew

  
Pastu ada pula Nelydia. Mesti best. Mulanya tertarik dengan Nelydia la. Suka tengok beliau sebab lakonan yang bersahaja. Pernah tengok lakonan beliau dalam drama bersiri SPA Q sebelum ni sebagai Melissa. Dulu masih budak sekolah. Sekarang makin cantik. Bakal pengganti heroin di Malaysia suatu hari nanti ;)

Karya indah arahan Emi Maziah dan nukilan skrip oleh Wan Mahani.

"Setia Hujung Nyawa" membariskan pelakon-pelakon popular seperti Amar Ashraf (Zain Hakimi), Nelydia Senrose (Ersalina), Zila Bakarin (Datin Adibah), Raja Ema (Puan Haliza), Talha Harith (Hadi), Sura Sojangi (Sofea) dan Hairul Azreen (Iqram).
 

 Sinopsisnya:
  • Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
  • Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
Rupanya drama ni dah bermula 24 Disember 2012 lagi, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3. Hahahaaa.. tertinggal sungguh '',

Masa last sekali tu mula la tercari-cari siapa penerbitnya dan terbitan produksi mana. Haaa, sekali tengok drama ni diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
 
Kalau Suhan Movies comfirm menarik sebab penerbitnya tak lain tak bukan Pakcik Rosyam Nor la khann. Pelakon kegemaran saya juga sebab lakonan yang bersahaja. 

Sekarang ni saya tengah layan drama TV1 "TRILOGI CINTA 2". Ini pon sebab terjebak dengan "TRILOGI CINTA 1" dulu. Terbaek.


Selalunya saya nak layan drama kena tengok siapa penerbitnya dan terbitan produksi mana. Baru layan. Kalau tak just say "hye.. hye.. bye.. bye"..

Lagu tema "Adamu" oleh Najwa Latiff

Dan "Setia Hujung Nyawa" oleh Fiq Mentor dan Gjie Sixth Sense. 



pppsssttt: Baru je tengok.. tu pon secara tak sengaja bukak tibi.. kononnya tak mo bukak tibi time maghrib.. haisssyyyhh..
 

Previous
Next Post »
26 Komentar untuk "Drama "Setia Hujung Nyawa".."

zaza pun terjebak dgn citer ni... layann!!! suka dgn EL :)

memula tgk x dpt tangkap novel apa.bila byk kali tgk baru perasan itu novel yg baru saya baca..so dah tahu ending malas la nk tgk lgpun waktu siaran sgtlah x sesuai

waktu maghrib kaum ibu sgt sibuk.huhu

DRAMA TERBITAN SUHAN MMG BEST² SELALUNYA MELETOP , WALAUPUN PELAKON X KENAL.. ATAU GLAMOUR..

Dah terjebak dgn citer nih. Makin lama makin suspen jer.

Suka lagu dia sampai anak dara pon nyanyi sama ☺☺

bestkan...sy dahlame xlayan tv pkl 7...sbab ade citeni....skrg xbley tinggal....

tengok jugak tapi setengah jam je lah..bab sibuk nak mayam plok...
kalau tukar waktu best jugak..

SALAM

x bes tgk tv..cian kat ersalina..baca novel jer..satu ary dah abis..hehehe

kalau bab drama kat tv..akak mmg xtau laa..sbb sll layan kartun jer..hahha

hihihi akak baru jer tempek entry tajuk ni. tertengok masa duk kat hotel kuala belait,kat bandar seri begawan tak dak tv3.tersuka la pulak tgk citeni hihi....psssttt kat sini 6.30 dah maghrib hehehe....bleh ler layan sesuka hati...

Bestkan cter nie.. makin geram tgk si Zain tu... betul tu akk kalau nk tgk citer mst tgk penerbit dia sape..tp so far cter2 dr Rosyam Nor xpenah mengecewakan :D

nur xpernah layan lagi drama ni...
ramai yg ckp best...

ni dah episod pertengahan dah..
makin lame makin emo akak tgk..
dulu layan sweet2 je.. skang ni rase nak gedebik2 je muka hadi & zain tu!!

tak sempat dah nk tgk drama kol 7. mcm2 benda kena buat time tu.. semenjak dah ada anak kecik ni...

memang best pun cerita ni akak..

eh macam best ja.. tapi tak sempat pun nak tgk... asik pasang kartun ja.. :p

hehehehe layan..
ai dh baca dia pnya novel..ada kelainan skit dgn drama...

tgk kat tonton je bile bile mase. tak kan terusik pun maghrib tu. ;)

remy ada perasan cerita nie hari tu.... tapi susah nak layan...busy jer....

itulaa..ramai gak yg dok tgk..nasib kat sini susah nk tgk..klau x msti husna join skali..=P

Minggu depan dah nak habis..episod sekarang lg menyakitkan hati!

Ros pun suka tengok cerita ni.. sedih sekarang ni.. huhu

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF