Ikan Kukus Asam Boi

 
Alhamdulillah.. semalam sebelom nak tido air dah ada.. lega rasanya.. bagi yang bertanya sempat ke tak tadah air.. boleh la sebaldi dua untuk kegunaan kecemasan.. hihi.. yang lain pandai-pandai la usahakan. Setakat nak solat pergi aje masjid berdekatan. Untuk makan minum pergi beli air yang masuk duit tu ;)

Dah lama tak makan ikan kembong atau orang utara panggil `ikan temenung`. 

Selalunya ikan kembong ni ciksu suka buat kering. Itu masa dok kat Jay Bee la sebab kalau jemur cepat aje kering. Mau tak cepat kering, dok tingkat 13 la katakan. Dapat pencahayaan terus-menerus dari matahari mulai terbit fajar siddiq hingga masuk waktu zohor. Dekat sini pon boleh aje kalau nak buat ikan kering tapi nak kena turun jemur dekat bawah sebab rumah sekarang tak da balkoni. Nak turun bawah bagai dikata la.. M.A.L.A.S

Oh ya, hari ni ciksu masak Ikan Kukus dengan Asam Boi. Boleh je guna ikan yang lebih sedap dari ikan kembong ni. Lagipon ini je yang ada tadi dalam peti sijuk. Ikan kembong ni peberet lagi-lagi kalau bakaq cicah ayaq asam.. alahai ;)

Resepi asal ciksu tengok kak yana atau nama timbangannya Masya. Nak tengok klik SINI

 Bahan-bahan:


3 ekor ikan kembong 
3 biji asam boi

2 ulas bawang putih (hiris)
1 biji bawang besar (hiris) 

 halia agak-agak la (hiris) 
1 batang lobak merah (potong panjang)
3 biji cili padi (ketuk-ketuk)
1 batang serai (ketuk)

Garam
Gula  
Daun kesom untuk aroma

Cara-caranya:
  1. Sambil siapkan bahan-bahan apa kata panaskan periuk pengukus dulu. 
  2. Mulakan dengan bismillah.. hihi.. penting tau nak dapatkan hasil masakan yang sedap..  in shaa Allah..
  3. Dalam bekas kukusan satukan kesemua bahan seperti bawang putih, bawang besar, halia, gula, garam, asam boi dan ikan. Kemudian letakkan daun kesom, cili padi, serai dan lobak merah di atas ikan. 
  4. Kemudian masukkan air.. Kalau nak hirup kuah yang masam-masam manis tu boleh lebihkan kuantiti air
  5. Pastikan air kukusan mendidih baru masukkan dalam pengukus.. baru cepat sikit
  6. Kukus sampai masak.. bila siap boleh dihidangkan..

pppsssttt: Asam boi tu boleh rendam dengan air panas kalau nak kasi kembang.. kak yana pesan k ;)



Previous
Next Post »
37 Komentar untuk "Ikan Kukus Asam Boi"

ikan termenug kukus memang sedap, saya suka guna ikan termenung buat laksa (",) awesome
goreng ngan kunyit saja pon sedap

menu yg sihat ni. Sy Suke masak menu ni bulan puasa waktu sahur.

sedap jugak kan ada rasa masam2 gitu :)

tak pernah masak guna asam boi nih..mesti rasa dia lagi sedap kan ciksu..

wahh nmpk sedap lahh.
cicah plak gan air asam..terbaek.

ikan kembung nih mmg sedap pon buat mcm ni kak..cicah ngan air asam..laju je abeh..=D

salam kenal jugak kak..=)

wah sdpnya..da lama xmkn ikan kukus

tengok sedap..tapi ita tak makan ikan

pandai ciksu memasak kan..sy ni lambat pik-up la bab2 masak..tapi suka.. T_T

macam singgang je ni resepi dia. cuma tak letak serai kot. heheh..

belum pernah masak macam ni lagi...
nanti boleh cuba.. :)

Fuhh, walau nampak simple tapi sangat sedap :D

cik su d tag ;-)

http://www.fizgraphic.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html

M pernah guna asam keping ja x pernah lg la guna asam boi

anna suka sangat ikan kukus ni..huaaa..

letak asam boi ek..mcm best!!.biasanya cheery kukus biasa aje..hehe

Tak pernah g tgk orang masak cam ni. Kalau sendiri masak lagi lh x pernah. Hehe

salam kenal..wah mmg suka makan bening camni di tambah dengan nasi panas + sambal belacan mmg mabeles

pernah dgr aje..xpenah lagi masak atau rasa...:)

wow...ikan kukus...sedapp tu :)

Che su, kalo rajin try... tukarkan asam boi dgn nenas. Sedap tau.

ikan kukus asam boi?? first time saya dengar ni..

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Tak pernah plak masak pakai asam boi. Lebih kurang mcm masak singgang yer.

selalu masak ni mak panggil masak singgang kot..hee sedapp..

ermmm...slurrppp.terliur plk kak fieda tetiba..

Sedapnya cik sue.. nak try jugak la nanti. Kena try hari minggu je. Hari bekerja, tak boleh. Tak ada yang makan nanti. Hihihi

sedap2 wani klu masak steam mmg slalu letak asam boi

k intan suka ikan..memang sedap dan buka selera dan sihat kan menu ni..tq ciksu

bgs ugakkan unuk diet menu hihihihi...

cik sue.. sy belum mengandung lglah... sy maish mengharapkan agar ada keajaipan dpt mengandung lg.... doakan yer...

bgs ugakkan unuk diet menu hihihihi...

cik sue.. sy belum mengandung lglah... sy maish mengharapkan agar ada keajaipan dpt mengandung lg.... doakan yer...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF