Ikan Tongkol Masak Taucu..


Ingat masa mula kawin dulu.. suami suruh masak taucu.. saya pon masaklah.. mana la saya tahu yang taucu ni sememangnya dah masin.. 

masa kat kedah tak penah pula kami adik beradik dihidangkan dengan hidangan taucu ni.. 

kalau masak asam tu ada la.. ala yang jintan manis direndam dalam air panas kemdian kisar baru tumis.. haa, itu saya tahu la.. sebab mak saya selalu buat..

Alhamdulillah.. bila selalu buat dah ok dah.. hihi
 
Ikan tongkol ialah sejenis ikan yang digalakkan dan terbaik untuk diberikan kepada anak-anak.. untuk selanjutnya boleh klik SINI..



Isinya yang manis dan sedap boleh menambahkan selera makan.. ikan tongkol ni sedap dibuat gulai, sambai tumis, taucu hatta diijadikan lauk goreng pon dah sedap.. ;)



Bahan-bahan:
  • Ikan tongkol
  • Taucu secukupnya
  • Bawang putih dan merah (hiris)
  • Halia (hiris)
  • Bawang besar (potong bulat)
  • Cili padi (ketuk)
  • Air asam jawa secukupnya
  • Kulit Kayu Manis
  • Gula secukupya



Cara-caranya:
  1. Ikan tongkol digaul dengan garam kunyit dan goreng hingga garing.. tepikan..
  2. Untuk taucu.. tumis kulit kayu manis, bawang putih dan bawang merah.. sampai garing dan naik bau..
  3. Masukkan taucu, kacau hingga naik bau kemdian..
  4. Masukkan air asam jawa.. bagi mendidih..
  5. Masukkan ikan tadi beserta bawang besar dan cili api..
  6. Perasakan dengan gula.. garam letak jika perlu sebab taucu dah masin tau.. hati-hati..
 
#kalau ada timun boleh juga letak yer.. ciksu masak ikut stok dalam peti sijuk je..



pppsssttt: ramai geng blogger dapat BE/CPUV.. tahniah ;)




Previous
Next Post »
27 Komentar untuk "Ikan Tongkol Masak Taucu.."

sedapnya..adik saya pula suka buat ikan tongkol masak kicap..buat pedas2..hehe.


p/s: bestnya dapat cpuv..saya tukar domain tak dapat.. :(

Salah satu favourite kakak masak taucu. Kalau pedas lagi kakak suka.

taucu ni sha suka baunya..sdppp hehe..

assalamualaikum...sedapnya...:)

SALAM.....lapar lahhh. Ni antara lauk feveret saya. Macam nk kena masak jer lauk ni. sebab dh terliur tengok...thanks sharing resepi.

sedap..suka lauk tocu ni... sue ni kira terer masak la eh..boleh la dtg umah sue rasa masakan sue ya x? hihihi

sedapnya...saya pun mmg suka masak taucu ni... tp jgn letak garam byk, sbb taucu dah mmg masin :)

Sedapnya. Dah lama tak buat masak taucu nih.

haishh..lapar jadinya..!
sedapkan ukan tongkol ni masak taucu..

sedapnya nampak
tapi, x brapa mkn taucu tu (",)

suka makan masak ni...tapi tak reti masak..hehe

haah taucu mmg masin akak pun penah jadi mcm tu sbb tak tau..insha Allah nanti ada rezki sue dapat BE aamiin :)

selalu mkn bila g umah abg je. kat kelate takde taucu la ciksu. huhu..

alahai sedapnya....

saya pun masa mula2 masak dulu tak tahu yang taucu ni masin. hahahh... kelakar bila ingat :)

org sabah panggil ikan togkol ni.ikan kayu.

rajin akk kasi resipi ek..terbaekk

lauk paling simple yg paling2 sodap..

x igtlar pnah mkn ke x msak taucu nih..sebab kat umah mama x pernah introduce kat kami semua..=D

nak jgak BE..huhu..

Cari cari resepi jumpa kat sini hahahaha. Blh la buat jap lg. Tatau dh nk masak ape dgn ikan kayu tu huuu

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF