Pucuk Selom Cicah Sambal Tempoyak

 
Selom mengandungi Vitamin A. Selom juga mengandungi banyak air sebab habitatnya ialah dikawasan yang berair. 

Selain itu daun selom juga terdiri dari kandungan air sebanyak  91.6%, sumber protein sebanyak 1.1%, lemak sebanyak 0.4%, karbohidrat sebanyak 4.4%, manakala serabut sebanyak 1% dan abu 1.5%.  

Selom sesuai dijadikan ulam mentah, dibuat kerabu atau bahan sampingan makan bersama laksa. Selalunya  direndam sekejap dalam air putih untuk buang kotoran yang melekat sebelum dimakan. 

Untuk memudahkan  tugasan ciksu nak mengunyah nanti terlebih dahulu selepas dicuci dan ditos kemudian helaian yang panjang itu akan disimpul rapi.. kan senang nanti nak menyicah, tak giteww cik kiah ;)

Ramai yang tak gemar makan tempoyak kan. Ciksu suka sebab sedap. Kalau droyan memang tak boleh masuk. Setakat sulas dua je layan. 

Masakan berasaskan tempoyak peberet ciksu ialah Tempoyak Udang Galah dan Sambai Tempoyak. Memang terbaek. Kasi pedas-pedas sikit kan, baru terangkat kening ;)

Opppssss.. awas jangan TERLEBIH PEDAS kalau tak dapat ayat power dari cik abang.. nak tau apa dia..
"jangan pedas sangat, nanti makan sorang-sorang"..

Sebab tu kalau siap masak ciksu tak suka ghasa meghasa. Orang yang akan meghasa ialah suami ciksu. Ok katanya, ok la bagi ciksu.

Nak buat sambai tempoyak ni senang je dan ada macam-macam style ada. Ciksu lebih suka buat macam ni. Ada hijau kuning di situ.. hihi..

Apa yang perlu ada ialah tempoyak yang dibuat sendiri, kemdian simpan dalam peti sejuk. Lagi lama lagi sedap. 
Tempoyak + cili padi + gula + garam.. memula tumbuk cili padi, garam dan gula. Bila dah sebati baru masukkan tempoyak. Teruskan menumbuk. Bila dah sebati, cukup rasa, bolehlah di angkat.. 

pppsssttt: Jom la try bagi yang tak suka tempoyak, pasti suka lepas ni ;)






Previous
Next Post »
20 Komentar untuk "Pucuk Selom Cicah Sambal Tempoyak"

hehe..kelakar suami akak.."jangan pedas sangat nanti makan sorang-sorang"..hehe..patutlah kan. Sodapnya sambal tempoyak tu...dulu selom banyak dekat rumah, sekarang dah tak ada, kena tanam balik ni. Pegaga, kak, sedap juga..hehe.



p/s: ingatkan akak memang letak bawang sebab kalau dekat tempat saya ada sesetengah orang dia letak bawang dan serai.

nur mmg hantu tempoyak..boleh bertambah mkn kalau ade tempoyak..

tapi tempoyak barulah..tempoyak masam nur kureng sikit..hihi..

daun selom ni, cicah sambal kelapa pun sedap.. :)

iman suke selom, fans of selom nh.tempoyak iman boleh mkn ag doyan pn mcm kak sue xley nak msuk dah skunk

en3 khas tok cik sue

http://mimbarhatiku.blogspot.com/2013/01/terharu-nyer-macam-dalam-jejak-kasih.html

Asben akak org perak tp xsuka tempoyak.

sedapnya selom..kalau mak akak dia buat sambai nyok..sedap nyoo..akak layan tempoyak :)

saya slalunya blend jer cili. bila dh ok, gaul tempoyak+garam.

tak makan tempoyak...T_T tp mcm sedap je..hikhik

first time saya dengar nama daun ni..

salam ciksu..ayoyoy ciksu...kak intan lapaq nasi tengah malam tgk ulam dengan poyok n..adoi la....memang buka selera..telan ayq liuq 80 kali

makan dengan nasi panas2.. sedappp.hehe

oooo... yang ni namanya pucuk selom...barulah Farah tau... ^_^ occay, lepas nih dah tau dah aper nama dia...selalu nampak tapi x pernah try makan pown...

suka jugak selom ni...cicah budu...kiki

belum pernah lagi mkn tempoyak...mcm mane rasenya pun tak tau..huhuhu..

selalu akak buatkan.. tapi tak pedas sebab akak tak makan pedass.. kang tak blh tumpang mkn ^_^

daun selom makan, abus dalam laksa :)
tempoyak tak makan

Tak pernah mkn tempoyak. Tktau apa rasa

tempoyak sedp..dulu sy x suke..tp kwn ajr lme2 suke

dpt mkn dgn nasi panas2 ni mmg bertambah la

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF