Renungan Bersama


Abu Hurairah RA berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”.

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”.

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”.

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”.

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”.

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”.

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”.

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1].

dan Allah SWT berfirman:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.
[al-Ahqaf 46:15]


Previous
Next Post »
36 Komentar untuk "Renungan Bersama "

sayangi dan berbaktilah kepada org tua kite selagi masih ada hayat mereka...tiba2 rindu kat mak...

bacalah al-fatihah setiap hari utk ibu dan ayah kita tidak kira yang masih ada atau telah tiada

Kasih ibu dan ayah tiada tandingannyer....

kasih ibu membawa kesyurga..kasih ayah sepanjang zaman :)

mst sedih je klu cerita psl ibu...sbb tbyg kepayahan & kesusahan yg mak kita alami dr saat mengandung, melahirkan..menjaga...membesarkan..smpi skang..serius..sedih sgt

nice entry and thanks for sharing.. ^_^

ibu ratu hatiku. InshaAllah takkan lupa pengorbanan ibu. ;)

Kasih ibu membawa ke syurga..;)

sekarang tingat mak di kg walau dah balik je baru n...uwaaaa

salam... suke entri ni.Tiada kasih sayang yang seagung kasih ibu pada anaknye.

Terima kasih atas renungan & peringatan yang berguna ini.. =)

Betapa tingginya kedudukan ibu di sini Islam. SO kenalah hormati dan kasihi ibu.

mulai seorang ibu..hargailah ibu anda

thanks atas peringatan..tq jugak pade semua ibu yg melahirkan kita...

jugak utk isteri2...kl suami lebihkan mak dia...fahamilah bahawa suami tersepit....tiba masanya...isteri akan alami situasi mcm ni...tak ramai isteri yg tak memahami..rasanya semua yg baca ni..faham..:)

insan bernama ibu..mmg bnyk pengorbanan die..dr melahirkan kite..mnjaga kite..

betul2...utk jadi seorang ibu, kita perlu byk ketabahan dan kekuatan hati...sbb berat tggjwb ibu sejak dari mengandung sehingga kita dewasa....

oh mak,,rindunya kat mak,,nak balik kampungggg heheh

sebab tu takleh kecik kan ati mak, terasa hati dengan mak pun tak boleh, kena redha kan...sayang mak selalu,banyak pengorbanan mak utk kita

ibubapa mmg tiada dua.. sayangilah kedua org tua kita...
terima kaseh sudi berkongsi..

dan walau seburuk mana pun mereka, kita wajib menyayangi mereka dan mengasihi mereka.. :)

mak tetap no 1 kan..sayang mak....

pengorbanan dan kasih sayang ibu tiada tolok bandingnya...

jgn lupakan jasa ibu bapa. besar pengorbanan dia roang pada kita kan.

Ibu dan Ayah..
merekalah raja & permaisuri hidup.. (^_~)

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF