Resepi Gulai Daging yang simple..




Saya suka gulai ni sebab sedappp.. ye ke? saya orang kedah panggil gulai.. tempat lain maybe panggil kari tapi ghasanya sama je kot cuma panggilan je lain kan.. nak tau kena cuba sendiri yer.. lepas makan dengan nasi boleh pula dibuat cicah dengan roti jala atau roti.. ;)
Resepi yang tak seberapa hebat seperti masterchef.. yang penting berani mencuba yer adik-adik.. sekali masak je senang sebab tak da air hari ni.. makan sampai malam.. sabaq je la ciksu oii.. ;)

Bahan-bahan:
  • 1/2 kilo daging batang pinang
  • 1 cawan Santan sawit
  • 1 bungkus rempah daging (siap dibancuh dengan air)
  • 2 keping asam gelugor
  • kerisik
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 3 biji Kentang (belah 4) 
Bahan Tumis:
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji bawang besar (kisar)
  • Halia (kisar)
  • Bawang putih, bawang merah (kisar)
  • 2 sudu besar cili kisar (nak pedas boleh tambah) 
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji cili hijau besar (kisar)
  • Bawang putih dan bawang merah (hiris)

Cara-caranya:
  1. Tumis empat sekawan bersama daun kari dan bahan yang dihiris hingga wangi dan kuning.. kemdian masukkan bahan yang dikisar, tumis hingga naik bau lagi..
  2. Kemudian, masukkan cili kisar dan diikuti rempah kari.. biar sampai pecah minyak baru masukkan daging dengan air..
  3. Rebus daging (anggaran 30-40minit) dengan api kecil. Kalau tak cukup empuk, masukkan lagi air.
  4. Bila dah cukup empuk, bolehla masukkan santan dan bahan-bahan lain seperti asam keping, garam, kerisik dan gula. Kacau biar sebati.
  5. Bila santan dah mula menggelegak, masukkan kentang yang dipotong. Biarkan masak dengan menggunakan api kecil..
  6. Masak lagi hingga kentang empuk dan rasakan kuah. Siap.. tutup api.. angkat..
pppsssttt: daun selom pon jadi lah.. untuk memeriahkan gulai daging aii ;)



Previous
Next Post »
26 Komentar untuk "Resepi Gulai Daging yang simple.."

Ahh... kakak nak buat jugalah tengahari balik kerja kejap lagi..

yummylicious...mesti sedap kalau awak masak nih...he he he... terliur plaks tengok... tiber-tiber cam rasa nak makan nasik jer sekarang...

assalamualaikum qaseh...sedapnya gulai daging tu...:)

Sdap nye..dpt cicah dgn roti canai ke lempeng ni lg mabeless.

wahhh..time2 cenggini singgah sini mgugat betul perut ni..hihihi...

Nur pun panggil gulai.. :)

nieyl jarang masak daging nie...hihii~
tQ sharing..:)

saya pn suka mkn.
buat pekat2 n bleh mkn ngan roti.
berkeping2 roti plak tue.

salam
Kalau selain btg pinang leh guna tak..daging biasa?

huhuhu...senang & nampak sedap.

nampak kawww je kari tu. nyum nyum nyumm..

rajin ciksu godek2 entri lama cikna. nnti dah siap smoothie tu pos kat cikna segelas. hihi..

pernah try dah buat gulai daging yg buh kerisik ni. memang sedap :)

Wahh.. dah terbau bau dah ni gulai kat jb ni. Hihi..
Kawasan rumah cik su tak ada air ek. Sabar ye cik su.. tu la, ada jugak tgok kat tv pasal krisis air ni. Huhu...

sedapnya nampak..
teringat ketupat (",)
mak selalu buat cicah ngan ketupat waktu raya

Ok, nanti nak try la resepi dari cikSue ni :D

Tetiba nak cari ketupat pulut..mmm sedapnya

nanti poskan sikit untuk anna k,.,.

tgk time2 lunch ni perut dok nyanyi ja tengok hahaha

sedapnya kalau mkn dgn roti jala..nyum..nyum..

Perhhh terbaik...sy suka msk gulai daging versi utara..wajib ada kerisik...
Jemput la ke blog sy..newbie lg..hehe
www.ainkaswa.blogspot.com

bila tiba bulan puasa,mmg lauk gulai cam ni yang nana cari..sedap kowt..hehe thanks for sharing.dan tahniah atas kehamilan.. :)

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF