Sandwich Sardin

Morning. Dah sarapan ke? Kalau belom meh sini cepat-cepat nak belanja uols sarapan.. hehe

Sejak ada pemanggang ajaib ni, serius cakap cukup senang la saya nak masak memasak ni. Sebab apa tau, sebab menjimatkan masa saya. Kali ni kita buat Sandwich Sardin pulak. Panaskan sekejap dalam pemanggang ajaib dah siap sedia untuk di makan :)

Rasanya last makan sardin masa bulan puasa tahun lepas. Itupon sebab buat Karipap Sardin. Pastu jarang la nak makan. Paling-paling koman pon akan masak sardin makan dengan telur dadar :)

Sandwich sardin ni boleh makan bila-bila masa aja. Tak kira la waktu sarapan ke, minum petang ke atau makan malam. Sesuai untuk sesiapa yang nak berdiet kan. Pekena pulak dengan kopi o panas. Dapppnye :D   

 Antara bahan-bahan:
  • Sardin kingcup tin kecik
  • Bawang merah dan putih
  • Bawang besar
  • Cili kisar secukupnya
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam sesedap rasa 
  • Cili merah dan cili padi
  • Tomato
  • Timun
 Bagaimana:
  1. Bawang putih dan merah dihiris. Bawang besar potong bulat. Sardin asingkan kuah dan ikan. Buang tulang sardin. Cili merah dan cili padi hiris halus.
  2. Dalam kuali tumis bawang hingga kuning.
  3. Kemudian masukkan cili kisar. Biar sampai pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan kuah dan ikan sardin tadi. Biar mendidih sekejap.
  5. Kemudian masukkan air asam jawa. Kasik mendidih.
  6. Perasakan dengan garam sesedap rasa.
  7. Masukkan cili merah, cili padi dan bawang besar yang dipotong tadi. Biarkan sehingga kuah agak kering sikit. Guna api perlahan. 
  8. Siap tutup api la ;D  
Itu proses buat intinya. Ada setengah orang suka lenyek sardin pastu perah asam limau kan. Tetiba teringat masa form two dulu masa belajar nak buat sandwich sardin. Tekak saya tak leh trima style tu sebab masih ada bau ikan sardin tu. Sangat tak suka hokey.

Bila dah siap semuanya bolehlah
  • Sapukan marjerin pada kedua bahagian roti tadi. 
  • Kemudian letakkan inti sardin. Ratakan cantik-cantik.
  • Alas dengan tomato dan timun yang dihiris nipis. 
  • Lapiskan sekeping roti lagi.
  • Potong menyerong dan 
  • Susun dalam pemanggang ajaib Sila guna api semaksima mingkin. Tutup.
  • Pandai-pandai la uols budjet ye jangan sampai rentung roti tu udoh ler. 
  • Siap.
  
pppsssttt: Sorang 3 keping aje, tak boleh lebih.. ;)

(AWAS: jangan selalu amalkan makanan dalam tin. tak elok untuk kesihatan).

Previous
Next Post »
26 Komentar untuk "Sandwich Sardin "

terliuq nengok..dh la ngah pose nh

nampak sedp.. terliur jugak sbb dah lame tak makan..

akak suka makan camni...tapi hubby xsuka lak..huhu..jd dah lama tak makan camni..

wah..sedap tgk sandwich ciksu...sy pon sama..tekak xleh terima kalo x masak sardin tu betul..apatah lagi kalo org lenyek sardin tu n perah limau nipis je..

sedapnya..!
Sardin dalam tin ni, sesekali sedaplah..kalau selalu jemu dan bahaya pula tu...

makin rajin memasak ye sue! bagus2...

huhuhu...nasib baik still kenyang ngan nasi lemak pagi tadi. kalau tak, memang terliur la ni.

sedapnya..memang betol tu pemanggang ajaib ni sgt senang dan memudahkan kerja kita..

sedapnya.. dh lah tgh lapar ni.. hihii

saya n ibu nurul n jaa biras je... suami kami bertiga yg adik beradik.. hihii

Sedapnya...tetiba rasa lapar ka pulak...tq share info
Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

Salam ciksu...amboeh dengan pemanggang ajaib semua boleh ye..hehe..

wah...sedapnya.. dah lama saya tak makan sandwich sardin..

Assalamualaikum,

Tasty and delicious.
Thanks for the great recipe.

Greetings,
Itching And Burning Sensation

ehem2..mohon penjenamaan semula nama tu..Sandwich Sardin Purnama Merindu ke..hehehe

jangan marah ciksu..:p

rajin ciksu masak memasak kan..jeles sy dibuatnya..mudah2 an lpas kawin sy boleh memasak selalu mcm ciksu.. :)

ciksu pun ada pemanggang ajaib ye...bila la akak nak beli satu...memang berbaloi2 ke?

ciksu pun ada pemanggang ajaib ye...bila la akak nak beli satu...memang berbaloi2 ke?

Nak jugak...Sy dh 2 minggu beli pemanggang ajaib, Tp belum guna lagi.

wahhh suke nye ad org. nk belanja kite...yeayyy

best ni..boleh masuk dlm next bfast list..:)

wah sedapnya... lama tak buat jugak ni..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF