Suka makan Ulam Raja tak..


Ni la ulam raja..

Kalau suka alhamdulillah sebab ada banyak khasiat juga ulam raja ni. Antara khasiat ulam raja ialah: 

  • Untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah serta untuk menguatkan tulang.  
  • Ulam raja mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. 
  • Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-
  • Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksida yang tinggi.
Sebenarnya saja nak share. Kebetulan pula hari ni makan tengah hari berulam raja. Uols masak apa hari ni. Saya masak simple je.
 

Sup Tulang..

 
 Cicah ayaq asam..

Nasi Putih


pppsssttt: ulam raja kat kampung petik je kalau nak makan kat belakang rumah. Dekat bandar kena beli.. huhu.. uols kalau duduk rumah sendiri baik tanam je sendiri. Lagipon senang naik je pokok ulam raja ni.. 


Previous
Next Post »
21 Komentar untuk "Suka makan Ulam Raja tak.."

Suka. Nak tanam jugalah nanti ;)

Suka sgt! Lagi laju makan nasi kalau ada..hehe

makanan simple mcm ni mmg menyelerakan

sedapnyaaa....!
lama tak makan ulam raja..hihi

suka jugak 50-50
wah sup tulang & air asam
suka-suka :)

nad suke mkn ulam..sedp..tapi mkn ngn nasi le..hehe

Huhuhuhu....tak makan ulam. Tp kena paksa masa maternity dulu.

ciksuuuuuuuuuu su su suuuuu (gema)....awat la duk masak lauk sedap2 ni....dah tu tempek pulak ulam kesukaan cikgu.....seksa mulut ni duk tahan tauu....huk huk...

memang suka sgt mkn ulam aja..lagi2 cicoh buduu.. slurppp.... kat rmh siap tanam lagi pokok ulam raja ni

cik su, anda ditag!

http://www.nieyxzha.my/2013/01/1st-giveaway-from-mailey-jayley.html

ulam tu mmg kak fieda suka bangat...hihi

tak berapa suka sgt... tp kalau buat kerabu okk jer.. makan..

Ulam...saya suka, saya suka ☺☺

Sedapnya tgk sup tu.

ulam raja kat belakang rumah wani byk hehe

saya pun sk makan ulam raja.. snang cakap, suka mkn ulam lah.. hihii

assalamualaikum.

ulam raja...akhirnya, ada juga yang post tentang ulam ni..terbaekk laa..
erm, ulam raja ni la yang satu-satunya menjadi ulaman satu keluarga kami sejak dari tahun 1998.
satu keluarga tau....ada tanam depan rumah jer...
yang peliknya, makin kita rajin ambil, makin berganda-ganda lak tumbuhnya...
jadi, setiap hari, ada jer bekalan ulam kami, alhamdulillah.
ok, cerita dari segi effectnya pada kami,
yang saya tahu, satu keluarga kami tiada penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesteroldan segala yang merbahaya, demam-demam sikit tu, ada la...
selain tu, kami adik-beradik bukanlah jenis yang rajin belajar, jadi, mungkin ulam raja ni ada kesan mencerdaskan fikiran...tak rajin study, tapi result maintain bagus.
salah sorang adik saya wakil chess peringkat negeri.
tentang awet muda pula, haha, yang ni paling best, purata kawan-kawan jangka yang umur kami 10 tahun lebih muda dari sepatutnya....serius.
jadi,amat sesuai bagi wanita yang pentingkan kecantikan semulajadi.
selain dari tu, tak pasti ada lagi ke tak...haha.
semoga info ini dapat menaikkan semangat kita untuk menghargai alam dan khazanahnya.
#blogspot:rawatankanser2013

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF