Masak Lemak Labu Dan Sayur Manis


Hari tu en. suami dapat LABU.. kawan bagi.. bawa dari kampung katanya.

 

Labu spesel dari Kuantan.. jauh kemain ye import.. hihi
Dalam hati dok pikiaq nak masak apa la LABU ni.. hihi.. nak buat cucuq.. kang berminyak pulak.. lagi satu LABU ni pon makanan berangin ;) 



Pikiaq punya pikiaq.. last-last ghasa macam nak buat Masak Lemak Labu je la.. sebab santan sawit masih berbaki.. ikan bilis baru je top up.. tapi warnanya macam tak menarik pula.. 
acaner.

Pe lagi teruih suruh en. suami pi Pasar Chow Kit belikan Pucuk Manis.. baru meriah sikit warnanya nanti kannn.. ada warna hijo, putih, oreng dan merah ;)

Senang je nak masak lemak ni.. kalau tak nak masak lemak boleh je buat SERAWA LABU. yang penting kedua2 jenis masakan ni tak guna minyak.. hihi..

Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Labu
Pucuk manis
Bawang kecil merah
Air secukupnya  
Santan Sawit
Ikan bilis 
Cili merah
Gula sesedap rasa
Garam secukup rasa
  
Bila bahan-bahan dah siap.. apa lagi jom tengok cara memasak ye.. ala simple je..

Pucuk Manis siap dileraikan.. kat kampung petik je belakang ghumah.. kat sini kena la beli.. seikat RM2 sajok.

Labu siap didadu2kan.. jangan dadu kecik sangat ye.. agak2 la.

Caranya ialah:
  • Labu kupas kulitnya, potong dadu, cuci.. pucuk manis cuci dan sejat.. bawang dan ikan bilis ditumbuk.. cili merah hiris.
  • Masuk air dalam periuk, biar mendidih.. pastu masukkan labu, rebus sampai labu empuk.
  • Bila labu empuk, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk, santan sawit, cili merah dan pucuk manis.
  • Perasakan dengan gula dan garam sesedap ghasa.
  • Kacau selalu, jangan sampai pecah minyak.. guna je api semaksima yang mampu.
  • Siap. Tutup api.
Makan dengan nasi panas2, ada ika gelama masin + cabai tumbuk.. alahai dappppnya ;)

 pppsssttt: sedap sebab dah lama tak buat + dah lama tak makan ;)





Previous
Next Post »
38 Komentar untuk "Masak Lemak Labu Dan Sayur Manis"

alahai cik sue ni suka buat saya ni terliur..hehe

sedapni syur lemak gini..

qienah slalu msk ltk ikn rebus tmbuk dgn bwg+lda htm..ske sgt..myb cr org ganu g2 kot.hihi..

nampak sedap!
mlm tdi pun en.asben suruh masak pucuk paku masak lemak cili api.. letak ikan bilis terangkat! hihihihi

ok..sedap..kena plak baca entry ni tghari..adehhhh

antara lauk feveret deqla ni.. sgt sdp!

Sedapnya masak lemak...lama dah tak makan...

sedapnya labu... biasa nieza buat sayur lemak kuning tu..letak ikan layur kering..pergh! sedap ^^

assalamualaikum qaseh...memang sedap pun...:)

favourite kak intan ni ciksu oiii....

kalo time lunch nampak sayur ni kompom gi amik sb suka..sodappp :)

wahhh sedapnya, kalau nak masak boleh rujuk blog ciksu, macam2 resepi ada...;-)

sedap..feveret kathy ni sayur lemak labu...nyum..

sedap terinat pula majliskenduri kawen MV dulu..nilah sayurnya

akak x leh makan labu..confirm semput nanti...

terima kasih kongsi resepi ni akak. nanti nak cuba juga.

sedapnya sayur ni! saya suka sgt!! :D

pucuk manis sy suka..tp labu kurang.. pucuk manis nie kalo wat masak lemak memg sedap.

wuuu sedap ni...feveret..tp sejak menyusu byk benda nk makan tp takut baby kembung pulak uhuhuhu

saya ni tak kenal pucuk manis..uit malunya...tapi suka makan ni di kedai makan..buat sendiri takde yang nak makan...

sedapnya...sayur feveret akk nie.. kalau mkn ngan ikn grg panas+smbl belaca mmg bertambah2 nasi... hihihi

eh eh labu tu bentuk dia mcm labu sayung la. tak pernah tgk lg.

akak pun mmg suka pucuk manis..selalu campur ngan ubi keledek..labu,.hubby tak makan lak...akak semua telan..hahaha..

er betol ker mia sama wajahnya ngan anak sedara ciksu...nak tgk..

memang bentuk labu macam tu ke?? wah.. comel jugak kan..hahaha

mak Ros suka labu :)
Ros tak makan sangat...

sedapnya sue buat lawan dengan ikan masin lagi terangkat ni

bagusnya ciksu ni kan..:)
sy mmng kurang cekap bab2 masak ni..nanti tak kawin tak tahu nak masak apa, kena buka blog ciksu la tengok resepi..hehehe

amboi.. sedapnya labu kak.. rindu masakan mak.. selalu labu ni dia masak lemak tak pon masak rebus gitu makan.. sedap..

kecur liur ni...
nur kalau mkn gulai labu ni, mesti kena ade sambal belacan...

baru ngam..!

Chef sue dah tunjuk bakat.
Blh msuk master chef dah ni

tak pasti fakta labu menyebabkan angin tu ye ke tak..

yg pasti, labu merah ni antara makanan untuk mengembalikan tenaga.

sayur masak lemak sedap wani suka tp labu wani kurang mkn sbb angin tu la

Sedap nih. Dah lama tak makan. Kakak ipar klo buat dia suka letak udang kering.

labu banyak khasiat kan :)

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF