Peria Katak

 
Peria katak atau peria biasa memang sedap dibuat ulam atau sayur goreng.. terpulang pada cara kita sendiri yang mengolahnya.. ada yang suka dan ada yang tak suka makan.. salah satu sebabnya ialah rasanya yang pahit.

Selalunya saya cuma makan peria yang biasa tu.. tapi selepas kahwin saya mula kenal peria katak.. sedap pula rasanya walaupon pahit.. hihi

 
Saya kalau bab mencuba ulam-ulaman ni walaupon pahit tetap saya cuba.. tak kesah sangat tapi kalau bab mencuba ikan yang tak pernah dicuba.. awal-awal lagi angkat tangan hokey ;)

Selain enak dibuat ulam cicah sambai belacan.. saya suka buat peria sumbat juga.. memang sedap dan salah satu peberet suami saya ;)
 
Sekarang ni ada minuman yang dihasilkan dari peria katak..  lagi senang dan cepat untuk disediakan.. cuma nak dengan tak nak je.
  
Kalau uols rajin dan ingin berjimat.. apa kata uols buat sendiri jus peria katak.. cuba buat Jus Peria dan Epal Hijau.. lagi original rasanya.. kalau jus saya belom pernah cuba lagi.. mmmm, macam mano la rasanya ye ;)

Sebenarnya mengamalkan pengambilan peria katak sama ada secara ulam-ulaman atau minuman sangat baik terutamanya untuk mereka yang mengidap penyakit kencing manis.

Pahit itu ubat kan dan lebih baik mencegah dari mengubatinya.. betul tak ;)

Sapa suka makan peria katak.. angkat kaki-tangan.. boleh geng dengan saya.. hihi ;)





Previous
Next Post »
50 Komentar untuk "Peria Katak "

peria goreng tepung... yummylicious...

peria ni kalau tak tau cara..memang pahit bila di masak

goreng garing dgn tepung sedap nie..

Tak dapat bayangkan macam mana rasanya jus peria katak tu...pahitt...

salam kenal...

singgah follow sini....

p/s suka tapi buat goreng tak suka buat ulam he heee....

yeah,,,kita geng,,dl akak pun tak suka,,,hubby laa dok ajar makan,,,sangat sedap buat ulam

Saya ni, apa jenis peria pun saya tak makan. Hehe

Salam kak..
Periaaa..?? cma sorok tgn kaki semua xmo angkat sama2 hehehe..
Cma dah cuba nk mkn peria ni..tp xboleh nk telan.. pahitnyeee...nk2 pulak peria katak tu..
Mak cma ye, die suka mkn..siap meratah lg...
Tu lah..selalunya yg pahit2 itu ubat utk badan kan.. ? :)

salam kenal dr cma :)

aduyaiiii.....cik p.a xleh mkn peria ..sbb dulu pnh mkn...pahitttt sgt....lps tu xmkn2 lg......

suka jugak tapi jarang2 dan kdg2...hihii

mamaD memang suka sangat, kalau dia buat ..dia sorang ja lah makan..pcl angkat kaki siap2.

Jus peria katak buatan sendiri memang bagus untuk orang kencing manis, cuma kita larat atau tidak nak menelannya setiap kali.

Ada doktor kata, kalau kita larat menelan jus tu setiap hari ada orang yang boleh kurangkan pengambilan ubat kencing manis. Akak tak sanggup pulak rasanya.

peria katak, hiris halus2 cicah sambal.. tak pahit. try la.. sedap.. jangan masak. hehe.

sy angkat kening je...:P ..sbb mmg x mkn peria katak..hehe

tapi kalau pandai buat, tak pahit sangat kan.. cikna mkn jgk kekadang kalo yg tak pahit.

biasa buat makan ulam je..

kakak akak yang selalu buat jus..bau dia perghhh...x sedap langsung

erkkk
nk tnya ni Ciksu.mpes time dgr buat peria sumbat..huhu
dlm tu letak apa eh?

emak nur selalu buat kerabu..tapi nur tak boleh mkn la...pahit..huhu

Suka goreng dgn cili keing :) baik utk darah tinggi juga

peria nie memg xleh mkn, pahit yg amat..pahit2 nie memg tolak tepi, tp buah peria nie byk khasiatnya..

suka kalau goreng berlada..best...

Di goreng dgn daun kari pun sodap :).

Suka taklah suka sangat tapi pernah makan...selalu masak peria yg besar tu.. tumis ngan telur ...kalau kat mamak goreng dgn tepung garing2 kan..

peria katak tak penah cuba,peria biasa tu makan la

feveret KA juga ni wat sambal or ulam sedap !

Sedapnya..mak saya selalu buat sambal peria..hehe.

pahit itu penawar..manis tu penyakit..

Tak berapa reti nak makan peria ni :D

xprnah mkn sbb rmai kata pahit..xpahit ye ciksu?blh cuba ni:)

tak reti nak makan peria ni..huhu

waaaaaa. saye tak pernah mkn peria. hihi.

saya tak suka makan peria ataupun yang sewaktu dengannya...pahit tak tahannnnnnnn

Jarang makan sebab pahit. Tapi klo pak mertua masak peria ni memang sedap.

xsuke peria..
tp parents sy mkn coz baik utk kesihatan.. ^_^

peria katak ni elok utk kencing manis,dkt psrn ade jual kopi peria katak.

peria memang sedap...remy suka mkn kat kedai mamak..dia goreng sampai garing.....

ok..peria ni lg pahit dr peria biasa... :D

alaaa..x bole geng sebab tak suke..huhu

ala..tetiba teringat peria mak masak..peria goreng dgn telur hancur..letak byk2..sedap..hehe

Ros dulu tak berapa suka. mak Ros selalu buat goreng biasa tu campur udang kecik sikit. kira macam goreng yang ada kuah sikit tu. hihi. tapi kan hari tu Ros gi makan kat kedai makan. jumpa peria goreng berempah. amboi sedap betul rasa dia. teruss jatuh cinta kat peria. hihi.
cik su belum bagi lagi alamat. cepat cepat. hihi. sebab Ros nak pos isnin ni.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF