Seiras Tapi Tak sama

Ramai yang tahu dan ramai juga yang tak tahu. Normal la tu kan. Teruih terang saya ngaku dengan uols yang saya kurang arif dalam bab2 mengenali ikan di merket ni :-D

Yang 'terrer' adalan cik abe sebab cik abe saya kaki merket. Cukup suka meronda sekeliling merket semata2 nak survey harga ikan/ ayam/ sayur/ buah tau. Saya dah paham bebenor dah habit cik abe saya tu dari sebelum kawin lagi :-D

Kalau cik abe saya nak pi merket comfirm takkan ajak saya sebab dah tau jawapannya saya tak mo ikut. Tulis je senarai barang yang nak dibeli. Dapatlah nanti. Saya bersyukur sebab dapat suami yang ghajin ke merket. Alhamdulillah. 

Kenapa saya tak suka pi merket?
Salah satunya sebab becak. Yang kedua cik abe saya kalau pi merket comfirm berejam. Naik fenin saya tau dok ikut. 

Macam mana saya belajar tahu nama ikan?
Kalau berpeluang ikut cik abe pi merket bila tengok ikan pelik2 saya teruih tanya.. "abg, ikan apa tu".. "tu la ikan bla.. bla.. bla"..  

Berbalik kepada Seiras Tapi Tak Sama ialah berkaitan IKAN BAWAL EMAS, BAWAL PUTIH, BAWAL HITAM dan BAWAL CERMIN. Bukan TUDUNG BAWAL ye Tuan H :-D

Memang sekali pandang pic IKAN BAWAL EMAS saya hari tu macam Ikan Bawal Putih kan. Mungkin sebab kualiti gambar saya tak berapa ok kot.  Pastu ikan tu baru je kuaq dari peti sijuk, tu yang pelik semacam je :-D

Beza Ikan Bawal Putih dengan Ikan Bawal Emas ialah warna sirip dan ekornya.
 
pic FAZIAN.. jelaskan
Kalau tengok Ikan Bawal Emas dekat-dekat sirip tepi dan ekornya bewarna kuning sikit.  Ala-ala emas giteww.. sebab tu panggil Ikan Bawal Emas kot.. hihi

 
Kalau Ikan Bawal Putih warnanya putih biasa je kan. Jarang beli. Kurang gemor.

http://1.bp.blogspot.com/_ntI35FvlmHg/S9LRRrkmqKI/AAAAAAAAAIo/sBk0b96kQkU/s400/011BawalHitam.jpg
Ikan Bawal Hitam senang nak beza sebab warnanya hitam kan. Sedap ni kalau buat masak kicap. Dah la hitam buat masak kicap pulak, teruih tak nampak.. hahahaa

Ikan Bawal Cermin ni kecik je. Goreng tepung sedap. Ranggup.

pppsssttt: jangan keliru ye.. nak tahu lebey lanjut klik je setiap pic tu ;)

    


 
 
Previous
Next Post »
29 Komentar untuk "Seiras Tapi Tak sama"

Ros tak kenal bawal, sebab tak makan bawal.. tudung bawal tu pakai la.. hihihi

mmg seiras... tp deqla lebeh suka ikan bawal hitam tu..

Selamat berkenalan dgn ikan-ikan. Sy pernah nampak kat pasar ikan bawal yg berbelang biru mcm tgk kat aquarium @ tv tu. Cantik & tak pulak teringin nak beli & masak...

Bawal emas tu tak penah jumpa lagi. Mungkin selama ni tak pegi cari ikan kat pasar besar kot. Beli ikan kat kedai runcit je. Bawal cermin pun cam comel je. Kalo bela dalam akuarium pun comel.

Ini baru bab ikan bawal yang rupa seiras. Belum masuk bab ikan selar, ikan selar kuning, ikan pelaling dan ikan kembung.

Byk spesis bawal rupanya. Akak tahu yg hitam dan putih je ;)

It's an awesome article for all the web visitors; they will take benefit from it I am sure.
Feel free to surf my website :: Investasi Emas

Sebenarnya nur pun tak arif sangat bab2 ikan ni...hihihi

zaza bab ikan bawal ni ok lagi.. tapi ikan2 lain k.o hahaha

wani pun xkenai ikan2 ni cik su hahaha tau makan ja...tp kalau ikan darat wani kenai jg mcm ikan puyu keli haruan..tp ikan laut ni xkenai..bab ikan serah jer kt hasben wani dia kan org laut hahaha

he he he...Alhamdulillah setakat ni x pernah keliru lagi Cik Su... ^_^...masih kenal lagi ikan ngan sayur...wakakakaka....

nieyl suke beli ikan putih tu yg kecik2...goreng garing2 masak sambal merah kering2...peh!sedap...

semua bawal diatas akak sukaaaaaa....

owh baru nmpk jelas bawal putih dan bawal emas hehehehe...bawal putih tue agak mahal..org cina suka la mkn

oh nda samakah..MV pangiil ikan putih jak semua

wah! jenis ikan bawal.
Bella xtau pla. main mkn ja ><

Owh...pelajaran utk hari ni. Mekasih ciksu ☺☺

ooo itu namanya bawal emas ye... tak tahu nak panggil apa, tq for sharing.

hehehe...tq eh...
akk pun kdg2 msh x pas lagi bab2 ikn nie...

Kak intan asalkan ikan je semua balun..ekekekekek..ikan bawal sedpa kalau goreng garing..goreng kunyit an ciksu..ciksu ok x hari in?

banyak jenis ikan mana nak ingat. hehehe..

bagi saya semua ruper macam ni adalah bawal...kadang2 tilapia tu pun ingatkan bawal hahaha.

kak fieda biasa tgk ikan bawal hitam,kecik dan putih..ikan bawal emas tak pernah..

maapkan ambe..ambe cuma tau tudung bawal jer..hahaha

Ok, bila tengok gambar baru tau.. ehhh penah makan la.. cuma nama je tak kenal :D

memg peminat tegar bawal la nih ye

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF