UTC Kuala Lumpur



Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur atau uols panggil je UTC KL. Uols pernah sampai sini?

Penubuhan UTC KL bertujuan untuk memudahkan orang ramai terutamanya warga kota macam saya ni.. dengan adanya UTC KL memang mudah dan cepat segala urusan.. pi satu tempat semuanya boleh diselesaikan.. jimat masa saya.. 
tahu saja lah dok KL ni macam mana kan :)

Kemarin dulu dalam jam 6 petang saya pi UTC KL sebab nak teman cik abe renew roadtax dan lesen memandu yang dah expired.. hampir dua minggu tertangguh.. lupa punya pasal :)

Alang2 dah sampai haruslah terjah semua tempat.. sebelum ni tak sempat pon nak terjah.. hihi

Kalau uols nak tahu UTC KL ni ada 4 tingkat yang dibangunkan atas tapak letak kete/motor di Plaza Sentral (Pudu la).. agensi2 kerajaan dan swasta yang terlibat hanya di tingkat 2 dan 3 sahaja manakala di tingkat 4 ada Food Court :)

Antara agensi kerajaan dan swasta yang terlibat seperti Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Fama, Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, Indah Water Konsortium, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Imigresen, Pos Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Bank Simpanan Nasional (BSN), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Jobs Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan lain2 lagi.

Mula2 kami ke Pos Malaysia di tingkat 3.. dah settle bab insurans.. sambil2 tu saya amik kesempatan untuk pos hadiah2 istimewa hari tu.. lepas tu kami ke JPJ pula di tingkat 2 untuk urusan lesen dan roadtax.. lepas tu ke PPZ pula.. nampak tak menyenangkan kerja kami kan.. dalam satu masa semuanya selesai.


Bagi mereka yang nak berurusan dengan PTPTN.. pon ada di sini ;)
 

Ruang menunggu yang selesa.. di luar mahupon di dalam.. banyak kerusi2 yang disediakan.

 
Suasananya yang berhawa dingin, bersih, tenang dan yang paling best sebab tak sesak :-*
 

Pendek kata saya selesa dan berpuas hati la dengan kemudahan yang disediakan di sini.. tandasnya pon bersih dan tak payah bayar.. hihi.. kalau dekat Pudu Sentral kena bayar ye ;)

Lagi satu agensi2 yang terlibat ni berkhidmat hingga  malam.. tak semua hanya yang berkaitan sahaja.

 

Pendek kata uols boleh membuat pelbagai urusan seperti pembayaran zakat, cukai, urusan MyKad, pasport, lesen memandu dan sebagainya yang berkaitan di UTC KL.

Oh ya, kalau tak salah saya UTC KL adalah yang kedua selepas UTC Melaka yang pertama.. tak lama lagi akan ada UTC Taiping dan UTC Kuantan pula :)
Bila selesai semua urusan boleh lah jalan2 ke kawasan yang berdekatan.. parking je kete/motor uols dekat Pudu Sentral.. comfirm selamat.. nak solat masjid pon ada :)

Alhamdulillah bersyukur sangat dengan kemudahan yang disediakan di UTC KL :)

pppssstttt: Tahniah pada uols yang dapat BRIM2.0 


 





Previous
Next Post »
32 Komentar untuk "UTC Kuala Lumpur"

senang tgk pudu dh cantik skrg ni.. dulu tiap minggu mst ulang alik ke situ sbb nk travel ipoh - putrajaya...

wah BAGUS!! semua dalam satu bangunan i loike

ade utc ni kerja siap cepat n tangkas..

baru jer bulan lepas masuk utc..hantar adik balik kg...hehe

x penah ke sana la dear.. xde urusan kot kat sana...huhu

Situ dah memang selesa..
Tak macam dulu...
Pssst : tempat karaoke pun ada tau...
hehheheh..

bagus utc ni..membantu kan..memudahkan urusan....

bagusnya langkah kerajaan ini .. tetapi masih juga ada orang yang tak suka dengan kerajaan. harap kat Seremban pun akan ada satu nanti.

terima kasih kerana baca dan komen entri2 lama saya .. saya dah baca semua. saya cuba balas kesemuanya nanti, tapi takut awak tak jumpa pulak.

* YB tu adalah bermaksud Yang Bersara.

Untunglah mereka yg tinggal di sana ada kemudahan ini. Kalau JB ada macam ini kan bagus...

wah baru tau ni ciksu..ok la kalau da satu tempat leh buat skali..xde la buang masa kat jem je kan..hehe..

bagusnya semua ada... takyah susah2 kan?

Ofis saya ciksu tak masukkan pon dlm senarai. Sentap. Heheh.

yeke...ooo bagusnya, kuantan tak ada lagi macam ni. huhu

akak la tu yang dapat BR1M 2.0 tu...hehehehe....lom guna pun lagi duitnya...

as salam...salam kenal..follow me back o.k...

ooo macam2 ada..bagus jugak info ni..thanks sue :)

Salam ciksu...

Wahh..all in one...cepat kot pengurusannya...

senang la camni. satu tempat macam2 boleh setel. pudu sentral yg baru tu ye ciksu.

Tak tau pulak wujud tempat camnk..senangkan..pergi satu tempat jer..yang best bila tak sesak ^^

macam tak ramai org je kan..
nur tak pernah sampai sana lagi..hihi

pernah nampak...tapi tak pernah masuk....padahal selalu pi pudu sentral tu.....

tak pernah sampai.. tq kongsikan info..

resepi chicken chop dah saya buat ptg semalam.. dah publish..

x pernah pun sampai sini lagi. huhuhu. bnyk kemudahan kt situ ye, mudah dan cepat la urusan bole diselesaikan.

* saya x dpt pun BR1M tu. xpelah, mmg x layak pun kan. huhuhu

BUAT URUSAN KAT SITU PUN MESTI RS TENANG JER KAN

x pernah dgr pasal UTC ni. TQ bg info ni!

Untungdan mudah sangat2 tempat yang ada utc ni..satu tempat macam2 urusan boleh buat.

tq.. cari info ni sbb nk tau tmpat park motor je...
huuhuhu

Soryyy...nk tnya...pariking moto sejam berapa ringgit...klu letak dlm 2 hari kena berapa agak2

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF