Saya ada citer dengan uols yang saya pi gaul Yee Sang sepanjang 977 meter sempena sambutan Festival Tahun Baharu Cina 2013 di Jalan Bukit Bintang baru-baru ni kan.. mai nak citer walaupon dah basi :-*

Oh ya.. ada yang bertanya.. sama ada saya pi ikut rombongan persatuan atau sendrian berhad.. saya pi sendrian berhad je.. saje suka2 pi menyibukkan diri yang tak sibuk.. sebenarnya kebetulan je pon sebab tertengok Malaysia Hari Ini.. ada buat liputan dekat sana.. tengok jam kat dinding awal lagi.. so, cik abe ajak.. ciksu on je :-*

Dimeriahkan lagi dengan kedatangan Perdana Menteri.. Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta beberapa orang menteri kabinet yang lain :-*

 
Yee Sang tersebut disediakan oleh 69 tukang masak profesional dan diiktiraf sebagai yang terpanjang serta turut disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.

 Apa itu Yee Sang.. Yee Sang merupakan makanan tradisional masyarakat Cina dan disediakan setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina juga dianggap sebagai lambang kesejahteraan dan panjang umur.

Dan ada yang tanya apa rasa Yee Sang tu.. rasa masam2, pedas2 berangin gitu.. antara bahan2 yang ada ialah lobak merah, bawang merah, halia.. disagat halus.. keropok, kacang tanah yang ditumbuk/ blend dan yang bewarna hijau, kuning, merah tu ntah apa dipanggil.. macam keropok juga la.. hihi.. Yee Sang ni sejenis makanan vegetarian.. digaul dengan sos yang dalam tipuware kecik tu.. mula2 ingatkan madu.. sekali rasa.. masam2 manis.. macam limau..

Deretan Yee Sang sebelum digaul.. cantik dan tersusun ;)

Ada empat baris semuanya.. panjangnya sampai depan pintu masuk ke Fahrenheit 88.

Sementara menanti YB berucap.. saya dan cik abe window shopping dalam Pavilion.. saja cuci mata.. yang penting kat dalam sijuk.. kat luar panas.. nanti tak pasal2 make up aii cair u.. cair la sangat kan ;)

Suasana dalam Pavilion memang meriah.. dihiasi dengan pelbagai hiasan yang bewarna merah.

Depan pintu masuk utama ni la YB dok berucap.. lama :)

Bila dah penat berjalan keluar la balik.. sekali tengok mereka dah pon gaul Yee Sang.. melepas :(

Mat salleh dok belajar cara2 nak gaul Yee Sang

Dah siap gaul.. tunggu apa lagi.. makan la.. 



Tengok la Yee Sang selepas digaul.. berselerak

Shila Amzah pon ada.. memeriahkan suasana.. beliau menyampaikan lagu dalam bahasa Mandarin dan Melayu.

 Antara pertunjukkan yang ada. 

Ni la pintu masuk ke Bukit Bintang.. macam-macam ada.. mak ngan ayah je tak da kat sini.. pelbagai barangan berjenama boleh digeledah.. poket tebal boleh nipis kot.. hihi.. jom shopping mata ;)

Ini barangan yang saya dapat hari tu.. setiap beg merah tu ada sebotol air mineral, nasi lemak dan limau ;)

Dah dekat nak blah dari situ.. ada la mamat urusetia tu kasik cap dan t-shirt 1 Malaysia.. alhamdulillah.. rezeki kami laki binik ;)

pppsssttt: uols pernah ghasa Yee Sang tak?