Gulai Ikan Talang..



Dah lama Dapuq Ciksu tak berasap kan.. last hari tu saya masak Siakap Masam Manis.. sebelum Mac 2013 melabuhkan tirainya, elok benor ghasanya nak buat entri penutup pasai My Secret Recipes ni.. hihi..

Kebetulan pulak hari ni saya masak Gulai Ikan Talang.. stok yang saya amik masa balik dari Kedah baru2 ni.. mak saya buat kenduri arwah kan.. so, ada la sikit saki baki ikan talang yang belum di masak.. jangan kata ikan talang je saya amik.. terung, lobak merah, cili merah dan kentang sekali saya angkut.. muahaaaa.. lagi satu  sebabnya semua jenis sayuq2 ni abang chik yang support.. dia kan meniaga sayuq :) 

Saya memang suka makan ikan talang.. mungkin sebab dari dulu lagi kot mak dok hidang menu ni.. so, sekarang kira turun dekat saya la pulakk ;)


Kalau tak buat gulai dengan nangka saya akan buat gulai campuq terung, kentang dan lobak merah.. selalunya untuk gulai saya amik yang bahagian tulang2.. sebab sedap bila tengah makan nanti, sedut kuah2 yang tersalut dengan tulang tu.. pastu yang  bahagian isi saya goreng sederhana garing, gaul dengan bawang besar dan cili merah... "wah, sedapppnya.." 
 
Antara bahan2 yang saya gunakan untuk sediakan Gulai Ikan Talang ialah:
  • Ikan talang bahagian tulang
  • Rempah kari ikan 
  • Terung -potong serong
  • Kentang -potong serong
  • Lobak merah -potong serong  
  • Bawang besar + bawang putih + cili merah -kisar 
  • Bawang merah + bawang putih -racik
  • Daun kari 
  • Asam keping
  • Santan sawit -secukupnya
  • Air -secukupnya
  • Garam sesedap rasa
 Caranya:
  1. Tumis bahan racik dengan daun kari sampai garing.
  2. Masukkan rempah ikan dengan bawang2 dan cili merah yang dikisar tadi (sebelum tu gaul sebati dulu bahan kisar dengan rempah ikan ye).. tumis sampai pecah minyak..
  3. Bila dah pecah minyak masukkan air.. biar mendidih..
  4. Jangan lupa asam keping..
  5. Masukkan kentang dan lobak merah.. biar empuk.. bila agak empuk baru masukkan terung dan ikan talang.. biar mendidih..
  6. Masukkan santan sawit, perasakan dengan garam.. kacau biar sebati.. bila cukup rasa, reneh sekejap.. pastu tutup api.. siap :)
Satu habit saya, lepas makan nasi dengan gulai mesti saya akan cium tangan.. kalau tahan lama bau tu maknanya sedap la tu.. hahahaaa :-D

pppsssttt: Abang chik tu adik saya yang no 4 :)






Previous
Next Post »
21 Komentar untuk "Gulai Ikan Talang.."

wahh sedap tu..sy pun suka.tang yang sedut2 tulang yg tak tahan tu huhuhu..laa habit lak ekk cium tgn pas makan gulai hahahah macam2 laa

nampak menarik.. mesti sedap.. :)

HAhaha saya sambil baca sambil cium tangan, kot2 dapat bau pun jadi lah. kesian kan.

lame x mkn gulai ikan talang ni..dulu2 rajin gak masak..pasal mak yg rajin bg ikan talang ni kt m3h..sedap..

rajin t try lah . heh heh heh

Sedapnya nampak gulai tu.

Sayangnya maklong ni tinggal berdua jer, kalau teringin makan, bila masak kadang2 tu tak terhabis,

Tapi makan kat luar jemu jugakkan

pandai nya su masak! gulai ikan talang tu mmg sedap kalau part tulang... hihi.. kat kelate ni susah nak carik yg sedap. di kedah byk la kan?

wow sedap..sy klu bab gulai nie semua tak berapa suka sgt..tp klu org yg masakkan, laju je bertambah nasik..lg2 gulai ikan talang kt kenduri,mmg terbaik!

ni kalau kenduri kat kampung.. mmg menu ni senang dapat... sedappp sangat.. tapi kat KL ni kalau nak makan, kena wat sendiri.. :)

sedap tu... selalu bt gulai talang dgn nenas. bole cuma resepi ni pulak.

amboii dah lama sgt ke x berasap...? hihi...perghh menu yg membangkit seleraku ptg nih.. kohkoh

perghhh lama sungguh x makan ni...nak balik kedah nak suruh mama (pengasuh) kak intan masakkanlahhhhhh..huhuh

ikan galang tu tak tahu tapi nak amik resepi ni untuk ganti ikan lain.. tq kak..hee

gulai ikan talang.pergh lama ta tak makan..leh buat menu esok ni.

wahhh.sedapnya NUr tgk...
lapar terus jadinya...
hihihi

makan dgn nasi panas2 apa nak kata hihi

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF