Hilangkan masin ikan kering..

Uols selalu makan ikan masin tak.. tak kira la gelama masin ke, ikan kering masin ke, ikan talang ke atau apa2 yang masin la.. pendek kata dari kategori ikan masin la..

Ada sesetengah orang suka rendam dengan air beras.. tak pon dengan air biasa.. tapi memerlukan masa yang agak lama kan kalau ikan tu `teramat masin` kan.. kalau tak terkejar masa ghasanya boleh je guna pakai petua ni..

Contohnya ikan talang ni kan.. mak saya potong petang ni, kemudian rendam semalaman dengan air biasa.. alhamdulillah esok pagi boleh masak macam biasa.. memang kurang masin la.. sedang2 je ghasanya.. 

Kenapa rendam semalaman sebab sebelum ni mak saya ada beli ikan talang ni juga.. pastu rendam sekejap je.. bila siap masak masih lagi terasa kemasinannya tu.. bila masak memang tak payah letak garam dah la..

Tapi kalau nak cepat uols boleh je rendamkan ikan masin tadi dengan air panas.. in shaa ALLAH tak lama lepas tu dah boleh masak seperti biasa..

Tengok pada jenis ikan kering juga la :)

Tengah hari ni saya masak Gulai Ikan Talang, nanti saya share ye ;)


Previous
Next Post »
10 Komentar untuk "Hilangkan masin ikan kering.."

yup.. sbb air panas cepat kuarkan garam dari ikan tu... lama tak makan gulai ikan talang...

SALAM CIKSU...

jarang sgt mkn ikan masin kecuali kalau blk rmh mak...kat rmh tak simpan ikan masinpun,sorang2 tak makan,malas nak goreng jd malas la nak beli...hehe

hari ni jadi pakar dlm bidang masakan pulak ya..

tk atas pengkongsian ini

Saya suka jugak makan masak lemak ikan masin, tapi tak pernah masak sendiri. hihihi yumm yummm sedapnya, dah lama tak rasa ni.

ooo rendam ngan air panas ekk..trima ksih , nnt try buat..sy mmg suka mkn ikan masin tp ikan kering nie tak brapa nk suka laa , hihi

yati selalu rendam ngan air biasa je...

krg sikit mkn ikan kering. suke yg ade jus. hehehe

ohh..selalu Nur rendam dgn air biasa je...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF