Naluri Seorang Ibu..


Sebagai manusia biasa kita tak tahu apa yang bakal berlaku.. hanya redha dengan segala ketentuan yang telah ALLAH tetapkan.. setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.. bila dan di mana.. cepat atau lambat, hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. kita sebagai HambaNya perlu berdoa dan terus berdoa.. in shaa ALLAH :)

Seluruh rakyat Malaysia sudah mengetahui tentang gugurnya perwira kita di Lahad Datu.. sama2 lah kita berdoa demi keselamatan pejuang2 kita di sana untuk mengembalikan keamanan yang kita ada selama ini..

Saya boleh rasa apa yang mak saya rasa.. tanpa saya duga.. walaupon hanya sekadar menonton siaran langsung yang dibawakan khas dari Lapangan Terbang TUDM, Subang.. air mata saya menitik saat terpandang keranda yang dilitupi bendera Malaysia.. ya, saya bangga dengan kedua2 arwah walaupon cara kematian mereka berbeza namun jauh di sudut hati terasa kehilangan.. kita sebagai rakyat Malaysia turut terasa, inikan pula keluarga kedua2 arwah..

Tanpa saya sangka.. mak call pagi tadi.. mak luahkan perasaannya.. sesungguhnya mak saya terasa saat terpandang keranda itu walaupon jasadnya orang lain dan 
gambar arwah Ahmad Hurairah pegang senjata.. 
sama seperti gambar arwah adik saya.. 
gaya pegang senjata dan rambut mereka.. sama.. 
rasanya itulah kemenangan bagi mereka selepas berhempas pulas di Port Dikson sebelum menamatkan  latihan..
mak kata.. "mak teringat"..

Allahyarham Ahmad Hurairah pergi meninggalkan keluarga di saat keluarga masih memerlukan arwah.. sama seperti arwah adik saya.. pergi di usia muda.. bulan yang sama.. tahun berbeza tetapi harapan mereka sama.. arwah adik saya dan Ahmad Hurairah untuk melangsungkan perkahwinan tak kesampaian.. Allah lebih sayangkan mereka..

Setiap kali ada kenduri di kampung.. saat melihat pengantin jalan beriringan.. mak pasti mengalir air mata.. bila terkenangkan impian arwah..

Selepas urusan pengebumian dijalankan.. 
hanya bendera Malaysia itu akan diserahkan kepada keluarga.. selain uniform.. hanya itulah kenangan terakhir.. 
wang ringgit tidak dapat mengembalikan kegembiraan ibubapa tetapi sebagai penyambung rezeki buat ibubapa setelah arwah tiada..
 hanya doa yang mengiringi pemergian arwah..
YA ALLAH.. kau berikanlah kami kekuatan untuk menempuh segala ujian dariMu.. aamiin

Al-Fatihah 
 
 

   
Previous
Next Post »
20 Komentar untuk "Naluri Seorang Ibu.."

al-fatihah....
sama2 kita doakan buat mereka disana....

sebak..

arwah adik ciksu tentera ya. harap mak ciksu terus tabah.

kenangan tu pasti akan diingati, mari sesama kita sedekahkan al fatihah untuk roh arwah. semoga aman di sana.

naluri seorang ibu tu kuat kan CikSu... bertabahlah wahai hati...

semoga roh nya di cucuri rahmat. Amin

Allah..saya pun turut merasa sedih kak..Faham, bagaimana rasa kehilangan ahli keluarga tersayang. Semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

al-fatihah tuk arwah adik Ciksu & Ahmad Hurairah.

**sebak bila baca entry ni

Alfatihah. Semoga arwah ditempatkan ditempat orang-orang beriman. Allah lebih sayangkan mereka, moga mereka ditempatkan di syurga. Besar pengorbanan mereka, melindungi negara kita dari keganasan dan penderitaan. Kita yang masih hidup patut bersyukur kerana masih dapat bernafas dan hidup dalam negara yang harmoni.

sedih baca...semoga sekeluarga tabah dgn ujian ini

sedehnye.. sebak baca entri ni...deqla paham..sbb deqla juga telah kehilangan insan yg deqla syg..iaitu ayah... betul.. cara mati yg berbeza...tp perasaan tu tetap sama...rindukan arwah!! ;(

semoga ciksu sekeluarga sabar dgn dugaan pemergian insan yg disayangi.

Sy juga telah merasa kehilangan keluarga terdekat...kakak yg paling rapat dgn sy (20 Dis 1998), abg (7 Mac 2008) & ayah (30 Julai 2008).

Doakan kesejahteraan mereka di barzah & berjaya di akhirat. Kuatkan semangat ye...

rasa sedih juga ciksu..alfatihah...arwah adik ciksu tentera juga ke

moga mrk tenang disana. salam takziah

Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi...semoga roh mereka dicucuri rahmat....

al-fatihah moga rohnya dicucuri rahmat...

Sabay ye Cik Su.. memang sedih bila alami sendiri.. tapi kan Cik Su, Ros pun tak tahu kenapa, masa Ros beli paper berkenaan berita kematian arwah tu, ros boleh menangis tersedu-sedu.. mungkin hati Ros ni cepat sensitif kot..

betul kehilangan org tesayang mmg sedih..Al-fatihah untuk keduanya

Sdihnya..alfatihah utk mrk..semoga mrk ditmptkn brsama org beriman...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF