Sup Kurma Merah



Kurma Merah selain dibuat air untuk minuman.. boleh juga dijadikan sup yer tuan2 dan puan2 sekalian.. hihi

Rasanya.. sedap.. yang penting simple dan senang.. yang penting tidak menggunakan minyak.. saya suka :)

Kebetulan masih ada lebihan kurma merah dalam peti sijuk.. so, saya buat hari sabtu lepas.. time demam hari tu.. hirup panas2.. ni je yang lalu :-*

Bahan2 yang diperlukan ialah air, dada ayam(nak campur tulang sikit2 pon boleh juga), kurma merah, halia, bawang putih dan garam sesedap rasa.

Caranya pon senang je.. tak payah tumis bagai.. 
halia dihiris memanjang, bawang putih saya tumbuk, ayam saya potong kiub, bila dah siap kesemuanya..
 uols just rebuskan kesemua bahan2 tadi sampai mendidih..

Sedap dihirup begitu saja atau makan dengan nasi :)






Previous
Next Post »
37 Komentar untuk "Sup Kurma Merah"

x pernah makan lagi sup kurma merah. ni 1st time dengar

kurma merah mmg bagus utk kesihatan..pernah mkn sup ni dlu..jiran bg..

mcm sedap ja kak...xpernah cuba lagi ni..hehe

after this boleh cuba ni....x pernah cuba lagi..

mesti sedap kan..nampak berkhasiat :)

kurma merah ni yg selalu ade dlm laici kang ke?hehe

tak pernah cuba... tapi pasti sedap kan...

sedapnya... kurma merah ni pun boleh sejukkan badan kan?

Senang je. Boleh buat menu berpantang nanti ni.

waaah..gud idea nih, tq qaseh.

Waa..selalu tengok dekat gambar sup ni, tapi tak pernah cuba..balik rumah bolehlah cuba..hehe.

sesuai utk diet jugak ni...sy dah lama teringin nak buat...tapi belum terbuat...bahan2 semua ada..kurma merah tu suka. selalu beli buat laicikang...

boleh buat cekodok juga tau.. sedapp.. sy pernah makan tp.. x pernah buat sendiri...

bagus untuk banyakkan susu badan ni...

wow...hebat belum pernah cuba nie...mesti sesuai untuk yang berdiet kan...?

sup kurma???
serius..1st time dgr ni. n tahu y kurma ni blh buat sup

mudahnya cara dia. rajin cik su cuba pelbagai jenis makanan kan.

Rambut Ros memang gugur tau. banyak jugak gugurnya. tapi bila Ros guna syampoo swarzekoft(eh betul ke Ros eja ni? hihihi), ok sikit. dah kurang. Ciksu, gamat emas tu sapu kat rambut macam minyak ke atau guna macam syampoo. Ros cari tak jumpa pula. Berapa rm ek? Ciksu guna memang berkesan ek?

nak lagi sedap, taruk bunga teratai yang dikeringkan...sedap

belum pernah cuba..
nanti bolehlah cuba...

tak manis ke kurma tu ciksu?

first time dgr sup kurma.... ^^

tak pernah cube... ade jugak yg ckp masak bubur ank letak kurma... tapi tak pernha cube jugak...

tak demam pun boleh layan ni. sup always good.

Sedap yer kurma merah nih. Tak pernah mkn lagi.

tak penah rase lagi....mcm sedap je...

x prnh cuba lg ni..ciksu mmg suka buat masakan yg ai x pnh mkn lah..hehe

kalau wanita menyusukan baby bagus minum nie.sejuk badan..

red date chicken soup...terbaiklah.... memang sedap....

Sedap buat sup kurma merah , biji teratai dan leher ayam mlm tadi

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF