Bihun Singapore..



Sedappp kew.. nak tahu sedap ke tak, cer uols try pulak masak ye.. hihi..

Saya mula jatuh chenta dengan Bihun Singapore ni masa dok Peneng la.. kak sepupu slalu suruh saya beli dekat pakcik dekat pasar malam Sungai Batu, Teluk Kumbar.. 

Pernah sekali tu saya sampai awai.. pakcik tu belom sempat lagi nak masak Bihun Singapore tu.. apa lagi amik kesempatan la tengok apa yang dia buat sampai kak sepupu saya dok terbayang aje Bihun Singapore tu ;)

Bihun Singapore tu memang sedap, cukup rasanya.. yang penting lembap je Bihun Singapore tu.. sekali saya boleh tengok cara dia masak.. tapi ingat2 lupa la..

"oh.. begini ghopenya ye.."

Sekarang nak makan, masuk dapur masak.. bezanya ikut citarasa saya sendiri.. hihi.. kita buat dia, bukan dia buat kita kan.. :)

Bahan-bahan:

Bihun -rendam, toskan
Bawang putih dan besar -kisar
1 labu bawang besar -hiris halus
Lada hitam -tumbuk
Cili padi -kisar
Lobak merah -hiris nipis
Kubis -hiris halus
Udang -buang kulit dan kepala
Serbuk lada sulah -sesedap rasa
Fish cake 
Telur 
Garam dan gula
Daun ketumbar -hiris untuk tabur

Caranya:
  • Tumis bawang besar yang dihiris nipis dengan bahan kisar.. biar sampai garing
  • Masukkan telur.. hancurkan
  • Masukkan fish cake dan udang.. biar sampai masak
  • Bancuh sedikit gula dan garam dengan air.. agak2 ler.. kemdian masukkan dalam kuali biar mendidih.. masukkan lada sulah dan lada hitam sesedap rasa
  • Kemdian masukkan lobak merah dan bihun.. kacau
  • Masukkan kubis.. 
  • Biar masak.. siap.. angkat, tabur daun ketumbar 
* Bihun Singapore yang biasa saya makan, dia lembap2 sikit, bihun pon lembut je :p  setakat dok buat sendiri ni belum boleh capai seperti yang pernah saya makan di Penang tu.. 


Previous
Next Post »
10 Komentar untuk "Bihun Singapore.."

hamboiii naaa, saya dah dalam proses berjinak jinak nak masak mee mee goreng hihi, last last menajdi jugak

sedap jugak ni..tengok pada bahan2 dia macam senang je tu...

Kak ina pun suka masak meehun singapore ni...mudah sikit kan...

oh my goodness..ayat ciksue.. "kita buat dia, bukan dia buat kita kan.." sama mcm mama husna bila husna x boleh nk cari jln penyelesaian utk sesuatu msalah..=D

rajin sungguh ciksu ni kan..lme dah akk x wat bihun singapore ni..

mmg sdp mihun singapore ni.. suka mcm mihun ni drpd yg letak kicap tu..huhu

bihun singapore ada kuah, klau mkn dgn sup gearbox merah pown sedap

Myra suka makan bihun S'pore, tambahan potong cabai melaka letak kicap, pergghhh layan abes ;D

sedapnye ciksue...byk isi sampingan dalam bihun tu...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF