Bihun Tom Yam




Makan panas2.. sedap ni.. jom teman saya makan, nak.. 

Bahan A
  • Daun ketumbar -hiris kasar
  • Limau nipis –amik jus
  • Daun limau purut
Bahan B 
  • Kubis -hiris 
  • bunga kubis -potong 
  • Tomato –belah 4
  • Lobak merah –potong dadu
  • kentang –potong dadu
  • Bawang besar belah 4  
Bahan C
  • Isi ayam
  • Cili padi –ketuk
  • Kiub tomyam Knorr
  • Air
  • Garam
Bahan tumis

  • Lengkuas –tumbuk
  • Halia -tumbuk
  • Bawang besar -tumbuk 
  • Serai -ketuk
  • Cili kisar -agak2 la
Caranya:
  1. tumis bahan2 tumbuk.. biar naik bau/ kuning..
  2. masukkan cili kisar.. biar pecah minyak..
  3. masukkan ayam.. biar seketika.
  4. masukkan air.. biar mendidih..
  5. masukkan kentang, lobak merah.. biar mendidih lagi..
  6. bila dah lembut masukkan bunga kubis dan kubis..
  7. masukkan kiub knorr dan garam
  8. cukup rasa. masukkan jus limau, cabai dan daun ketumbar
  9. kacau, dah sedap, tutup api, angkat 
  10. siap :) 
* kebetulan pulak ada hirisan daun kucai yang masih berbaki. masukkan aje.. hihi.. 

Makan dengan bihun. maka jadinya bihum tom yam la.. untuk bihun.. rendam dulu. pastu panaskan air sampai mendidih. kemdian masukkan sedikit minyak (supaya bihun tak melekat nanti).. pastu siramkan atas bihun. biarkan sekejap. bila lembut (sedang2).. sejat ;)

 

Siap. jemput makan. menu orang bujang.. hihi

"Uols dah `dinner` ke?"


pppsssttt: uols tahu tak.. yang kubis  bunga ni amat berkhasiat sebagai ubat penenang dan anti kanser.. TETAPI sape-sape yang mengidap gout, haruslah elakkan daripada memakan kubis bunga.. fakta yer bukan auta ;)





Previous
Next Post »
12 Komentar untuk "Bihun Tom Yam"

nampak sedap tu ciksu.. jijah baru sedar time preggy ni xleh makan tomyam sebab kuar angin n sendawa yg banyak..huhu

teman je? kot la nak bagi semangkuk bihun tomyam :P

mohon pos blh tak ciksu..hihi

next time bleh try buat ni...

Assalamualaikum..bestnya bihun tomyam..

adoi sedapnya..org dlm pantang ni makanannya sama je.boring gila..:)

cerah kuahnya.. x pedas ke cik sue? deqla suka pedas2.. lagi pedas lagi bagus..biar meleleh ayaq mata ngan hidong skali.. kohkoh..

nak sikit. kalau tomyam Ros suka mkn ngan kuew teow...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF