Cara buat kentang wedges



Saya tahu uols mesti tak kenyang kan. ala setakat renung gambo cheezy wedges je. ghasa tak pon kan. ntah2 ciksu gebang je lebey. tak kesah la. :p

Kalau uols nak mengenyangkan perut uols dan anak beranak.. apa kata uols buat sendiri kat ghumah. memang berbaloi2. apa yang penting kena order dulu Halal Cheese Powder tu dengan kak dayana. 

Bila dah beli Halal Cheese Powder jangan lupa beli kentang satu kilo. 

"cukup tak?"

Agak tak cukup tambah lagi. ikut kepadatan isi ghumah masing2 :)

Untuk kentang bahan2 yang diperlukan:
  • Kentang -kuantiti terpulang
  • Air -untuk rebus kentang
  • Garam -agak2 la ye
Caranya:
  1. Kentang kopek kulit, potong/ belah 6 keping setiap biji.. cuci, sejat..
  2. Kemdian rebus kentang dengan air dan sedikit garam.. bagi empuk/ lembut.. nak tahu empuk/ lembut ke tak cucuk dengan garfu ye.. bila dah empuk, angkat dan sejat..
Untuk bancuhan tepung:
  • Tepung serbaguna -kuantiti terpulang
  • Serbuk lada sulah -agak2 la ye
  • Air suam
Caranya:
  1. Satukan tepung serbaguna dan lada sulah.. gaul sebati
  2. Masukkan air.. agak2 la.. jangan pekat sangat, jangan cair sangat.. lebih kurang macam buat tepung goreng pisang.. tahu kan..
  3. Bila dah siap tepungnya.. masukkan kentang yang siap direbus tadi.. 
  4. Goreng dalam minyak.. pastikan betul2 panas..

* kentang tu biar ranggup diluar.. lembut didalam.. versi saya la.. sebab saya suka.. "sedappp ooo.."

* nak lagi sedap.. makan panas2.. terasa keranggupan kentang dan keenakkan sos cheezy tu.

* cik abe cakap lepas ni tak payah pi beratuq kat Kepci lagi.. buat sendiri lagi sedap.. hihi

* untuk bancuhan tepung uols boleh bancuh sendiri.. saya malas nak punggah satu2.. 

pppsssttt: ada rasa nak mencuba tak..






Previous
Next Post »
17 Komentar untuk "Cara buat kentang wedges"

waa~ tengok jea pun daa tau sedap. ehhehe boleh try nii..

dapnya... CikSu... nak watkan ker kuih tu untuk Farah...alamaks...cam terharu jer... sob sob sob... I Love You la CikSu...

memang meyelerakan.. buat sendiri pon boleh..janji ada tepung cheese ni kan..

baru jumpa yr blog..I like it.so genuine tau..keep up the gd work

Terima kasih akak. Nak suruh ibu Nisa buat :)

tambah mayonis skit.. lagi mabeles nampak cam kepci... yummy...

tengliu shate yer cik sue.... jaa belum penah bt wedges sendiri ni......

ngeeee sedap pulak mlm2 ujn renyai mkn benda alah ni...

Nur selalu buat tak celup tepung pun..goreng kentang mcm tu je.. :)

Mcm nk ťry je QR...... Tp kentang tinggal seketul pulak.....

amboeh sedapnya ciksue..terliur..gulppp

nampak pun sedap....terliur akak tengok...

memang ssedap. dalam peti ais Ros pun doj ada wedges. tak tergoreng pun. sebab tak ada yg nak makan. husband Ros tak minat sangat makan ni.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF