Coleslow..



Saya belajar buat coleslow ni masa saya keja Marrybrown (MB).. senang je nak buatnya.. 

Saya paling suka makan coleslow MB dari coleslow KFC.. sebab tekstur coleslow MB lagi halus dan yang pasti rasanya lagi sedap.. penyediaan dan penggunaan bahannya pon lain sikit..

Bahan2nya:
  • Kubis
  • Lobak merah
  • Nenas dalam tin -tapis amik isinya sahaja
  • Mayonis
Caranya:
  1. Kubis dihiris halus.. cuci dan sejat
  2. lobak merah parut halus.. pastu cuci buang airnya.. perah2 sikit.. sejat
  3. dalam bekas lain letak mayonis secukupnya.. 
  4. masukkan kubis, lobak merah dan nenas..
  5. kacau sebati.. masukkan dalam bekas bertutup..
  6. simpan dalam peti sejuk..
* Coleslow lagi lama simpan lagi sedap, jangan la sampai xpired pulak ye..
* Coleslaw masa baru2 buat tak berapa nak sedap lagi.. dah simpan banyak hari baru sedap tau..





Previous
Next Post »
8 Komentar untuk "Coleslow.."

em sedapnya! terliur pula deno! hihi... :)

ala...nak jugak. sedapnya. dahla tengah lapar tunggu match bola.

boleh salin resepi dulu... izan pun suka coleslow... best mkn sejuk2!

feberet yati jugak suka makan yg KFC punya....

oleh kerana Ros ni ex pekerja kfc, jadi Ros akan votef untuk coleslaw kfc. hahaha

dah la tgh lapar ni.. menyelerakan betul la nmpk..haihh

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF