Cucur Ikan Bilis..



Tetiba perut saya lapar la.. "mmm.. minta di isi la tu.."

Tak tau nak buat apa sebenarnya.. malas pon ada, acaner.. 

Dalam malas2 terpaksa gagahkan diri juga.. huhu.. lau tak siapa yang nak buatkan.. nak suruh cik abe, dia pon penat juga..

Akhirnya, dapatla makan Cucur Ikan Bilis yang ranggup ni.. hihi.. itu je yang mampu.. pandai2 la ko ciksu..

Senang je nak menghasilkan Cucur Ikan Bilis ni.. cuma terpulang pada individu cara olahannya.. 

Kalau saya, saya buat macam ni je.. nak tengok Cucur Ikan Bilis versi saya, meh dekat2 nak habaq mai :)

Bahan-bahan:
  • Segenggam ikan bilis 
  • Daun kucai -secukupnya
  • Bawang besar -secukupnya 
  • Cili padi 2,3 biji
  • Tepung gandum -secukupnya
  • Air masak -secukupnya
  • Garam -penambah rasa

Caranya:
  • Ikan bilis dikopek, cuci, toskan.. kemdian tumbuk kasar/ nak blend pon boleh (terpulang)
  • Bawang besar, cili padi dan daun kucai hiris halus
  • Satukan air dan garam.. bila cukup rasa masukkan tepung secukupnya.. kacau tepung sampai tak berketul ye..
  • Kemdian masukkan ikan bilis yang ditumbuk dan bahan hirisan tadi.. gaul sebati..
  • Bila dah ok (terpulang ye nak tepung cair atau keras sikit).. 
  • Goreng macam buat cucuq biasa.. 
Agak2 la ye.. kiranya boleh untuk dibentuk dalam kuali nanti.. saya selalu guna jari jemari je.. baru la original hasil air tangan isteri tu kan :)

Kalau ghajin uols boleh buat sos sendirik.. kalau malas macam ciksu ni, cicah je dengan sos cili siap sedia... hihi.. 

Layan Cucur Ikan Bilis ni dengan Teh O Panas perisa stobeli.. 

 "mmm, dappppnya.." ;)

*Kalau ada yang suka letak telur pon ok je.. telur cuma nak bagi cucur tu lembut.. so, terpulang la ye :p

   


Previous
Next Post »
8 Komentar untuk "Cucur Ikan Bilis.."

terliur pulak tgok cucur bilis ni.

#zaza biasa buat campur dgn air panas sikit untuk lebih ranggup.. :)

lebih kurg resepi di rumah..tp x pernah letak cabai..nk pedas, cicah soso je nnti..hehe..

ciksu ni asik post makanan je..lapar tau..m3h pun suka mkn jemput2..tp kalo wat..daun kucai mmg x letak..ank2 x mkn la

cucur ikan bilis pun ada gak resepinya ye..hihi.. bgs cik sue ni... ;)

wahhh mknan lg. nasib baik tak puasa harini.

Cucur ikan bilis... Nyum nyumm..
Dah lama tak makan ;D

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF