Danisha Hotel, Kuala Lumpur

Selama 3 hari 2 malam kami merehatkan diri dalam banda KL je.. ahahaha. saje je. itupon pilih hotel bajet. saya ni orangnya biasa biasa jek. so, menginap di hotel biasa biasa pon jadi lah, kan!!! 

Bak kata Tukang karut.. 

 "apa barang rehatkan diri dalam kl.." haha.. 

Memey tak da barang tapi boleh la dari duduk di rumah kan.. nak pergi jauh memang tak ar sebab masing2 tak nak drive :)

Kami bermalam di Hotel Danisha.. semalam RM65.. kedudukan hotel ni tersorok sikit.. tapi berdekatan dengan Hotel Brisdale, Hotel City Villa dan UO.. 

Pemiliknya adalah melayu.. yang penting selesa.. malam kami pergi tu bilik habis di booking.. 

Ramai yang bermalam kat situ pastu pi shopping kat SOGO.. tak jauh pon dekat aje.. sebab saya nampak dorang dok usung beg plastik SOGO.. haha.. boleh la, kalau yang dah expert jalan kl ni kan. kebetulan ada pulak geng2 penjara yang menginap kat sini.. tu yang penuh tu..

Kenapa pilih hotel area sini.. sebab area sini dekat dengan Kampung Baru.. senang nak carik makan kalau perut berkeroncong.. hihi.. dekat dengan LRT, monorel dan bas.. teksi pon ada.. terpulang.. 

Motip kami ni bukannya nak berjalan sangat pon.. cuma nak relax je :p
  
 pintu masuk ke Hotel Danisha

laluan tangga nak ke kaunter pendaftaran dan bilik

Tingkat 1.. ruangan menunggu dan kaunter pendaftaran.. tibi ni ada ASTRO.. dalam bilik tak da ASTRO ye.. channel biasa tapi gambar cantik.. kat sini WIFI memang best.. dalam bilik.. ngak ada dong.. so, pepandai la ye :)

nak beli apa2 untuk dikunyah pon ada.. air panas disediakan

Nak gosok baju pon boleh..turut disediakan..

Dapat katil twin sebab katil double dah habis dibooking.. tak jadik hal bagi kami.. bisa di atur ye :p

Harga bilik adalah mengikut jenis katil yang ada.. contohnya 
untuk double/ twin RM65..
untuk triple RM75 (ada katil double + twin)..
untuk `family four` (ada 2 double/ 1 double + 2 single) RM85.. 
untuk `family five` (ada 5 single) RM100.. 
untuk `family seven` (ada 3 double + 1 single) RM 140
 
bilik air pon ok.. siap ada heater..lebey kurang dekat ghumah jugak la.. ater, hotel budjet je pong :p

mesti la ada tibi.. tak da ASTRO.. siaran semua ok..

Selain tu SEJADAH turut disediakan dalam bilik.. cuma arah kiblat je tak letak, nak tahu kena call la tanya ;)

Oh ya, mana tau kalau2 uols tersesat ke sini.. pastu ada yang tak sihat/ jatuh sakit tetiba.. jangan riso sebab Hospital Kuala Lumpur dekat je.. tak pon Hospital Pakar Al-Islam yang bersebelahan dengan Masjid Jamek Kampung Baru..

Saya sertakan sekali alamat dan no phone ye

  • NO.22, Tingkat 1, Jalan Raja Bot, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia (area Chow Kit)
Telefon :03-2693 5888
Emel:nor.azrie@yahoo.com

Ok selesai untuk tempat penginapan. lepas lepas ni, mana nak tau  kot kot dah kena posting tempat lain, tetiba mai kl, boleh lah duduk di Danisha Hotel ni. asalkan selesa untuk berehat dan tidur, itu sudah memadai bagi saya. melainkan bila dah ada anak nanti, boleh lah cari hotel yang lebih selesa, kan!! 

in shaa Allah, nanti saya up entry makan malam pertama kami di mana. mana tau kot2 uols boleh cuba pulak lepas ni kan. 

Previous
Next Post »
9 Komentar untuk "Danisha Hotel, Kuala Lumpur"

boleh tahan jugak tempatnya ye.
sekadar menginap utk tidur dah okeylah tu kan.. hehee

Assalam ciksu...

Bagus tu bertukar angin....sambil jln2 cari makan....

berbaloi kan price die...okla tu...yg penting shopping tu...heheehe

ok la tu kan, berbaloi2... yg penting selesa.. ehh gmbr shah rukh khan.. my hero..! hahaha.. cik sue tgk tgk filem apa tu? deqla teka.. filem pardes ke..

please nnti bgtau tajuk flem SRK tu eh.. nk tau sgt.. hihi...

murahnya hotel tu... tengkiu share yer ciksue mana tahu kot lenkalu jaa n kesana boleh cuba hotel tuuuu....

Not bad la hotel tu..jimat pun jimat..yg pastinya pi KL bkn nak dok kat bilik sangat..mesti asyik nak kuar jejalan shopping..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF