Kampung Baru..

Hari pertama di Danisha Hotel.. 

Untuk sarapan sendirik bikin ye.. pastu ada beli buah-buahan sikit kat pasar chow kit :)
kemdian lepak kat bilik sampai tengah hari.. ngam2 time lunch kami keluaq carik makan di Kampung Baru.. mana lagi kan ;)

Kedai ni tak da signboard ler pulok.. maybe tengah bikin kot.. yang pastinya kedai pakcik ni bersebelahan dengan kedai Noor Arfa, Pusat Borong Batik & Craft ni ler.. kedai makan tu sebelah kanan  ;) kalau uols masuk dari pintu gerbang Kampung Baru, kedai pakcik ni duduk sebelah kiri uols ye..

lauk pauk kampung yang kene dengan tekak dan selera saya. alhamdulillah.

Inilah tokeinya.. hihi.. lauknya banyak pilihan tapi dimasak dalam kuantiti yang sedikit.. seperti yang dalam gambar tu je '',



Kedai ni menjadi pilihan ramai yang berkerja area sini. lauk pilihan pelbagai jenis. boleh pilih ikut selera memasing.. 


Oh ya peringatan pada uols yang tak biasa ke area Kampung Baru ye.. area sini ramai ye penyanyi.. dorang nyanyi pastu ikut la kita nak bagi duit ke tak.. boleh dikatakan setiap kedai makan kat sini mesti ada.. ada yang berdua, sorang nyanyi, sorang main alat muzik.. ada yang perseorangan.. dia main gitar, dia juga yang nyanyi.. rasanya itu la kot punca rezeki mereka.. lagi satu orang2 buta yang datang juai tisu pin ramai. ikut ikhlas kita lah nak memberi. tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. 



Yang paling best ikan bakar dan ayam bakar dia.. ikan dan ayam bakar dia basah2 je tak kering sangat.. sebab dia bakar guna arang ye bukan guna kuali leper tu.. lagi satu kuahnya versi percik giteww :)



Ni menu pilihan saya.. nasi putih dengan Pisang Muda Masak Lemak.. suka sangat.. makan sambil gigit ikan kering pastu cicah sambai belacan..

"Ya ALLAH sedapppnya.."

Cik abe saya cam biasa la.. sup kaki ayam dengan ikan bakar.. pastu kami amik ulam2 sikit.. syoknya sekali sekala gantung kuali di hari minggu kan.. hihi..

"Lepas makan nak ke mana pula.."? 

Nak ke SOGO ke, Pavilion ke, KLCC ke, Masjid India ke.. terpulang.. kami balik bilik je.. sebab nak layan citer Hindustan.. lalalaalaaa..

Nak membeli di area Chow Kit pon ok gak. pelbagai jenis kuih muih, buah buahan, kek, roti yang boleh dibeli untuk dibuat kudap kudap di bilik hotel. area chow kit tempat tumpuan peniaga beli barang basah so, harga di sini tak ade lah mahal sangat. 

in shaa Allah, nanti saya up entry apa yang ada sekitar kawasan penginapan tu ye.. jalan kaki je :p 


Previous
Next Post »
10 Komentar untuk "Kampung Baru.. "

wahhh kiranya kedai tu pelbagai menu masakan kampung lah bestnya....

wah! sedap2 makanan tu..
pernah juga ke kg baru ni..tapi dah lama..zaman2 study dulu...skrg msti dh byk berubah...:)

Kampung baru menbg banyak makanan best2. Paus hati makan kat situ.

makan2 kt kampung baru mmg best. bnyk pilihan

pernah makan sekali kat sini dulu dengan kawan dan betterhalf... memang sedap makan kat situ...

Lama tak jejalan kL... Meriahnya Juadah kat kedai tu

oo meriah makan kat situ ye, nisah penah makan kat area kampung baru jugak.. hurm makanannya memang marbeles... hehehe

sedapnya gulai pisang ciksue :)

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF