Lobak Merah Masak Lemak..




Resepi hari ni sayur lobak merah masak lemak, menu yang selalu saya buat. Senang sangat. campak-campak menu paling simple dan cepat disediakan, janji kenyang perut, senang hati, kan :)

Bahan pon senang je..
  • 1 batang lobak merah
  • sebelah kubis
  • 3 biji bawang ros -racik
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis -tumbuk
  • 2 biji cili hijau -ketuk
  • gula, garam sesedap rasa
  • 1/2 cawan santan sawit
  • 1 cawan air
Caranya:
  1. satukan bawang merah yang siap diracik dengan ikan bilis tumbuk..
  2. masukkan air dalam periuk.. didihkan
  3. masukkan bawang dan ikan bilis yang ditumbuk..
  4. masukkan cili hijau, lobak merah dan kubis.. biar empuk/ lembut..
  5. masukkan garam dan gula sesedap rasa..
  6. bila cukup rasa masukkan santan sawit.. kacau selalu..
  7. bila cukup rasa, dah masak.. tutup api..
makan dengan nasi mentega + ikan goreng atau ayam goreng, sedap yak mat. kalau rajin boleh buat sambal belacan..


Previous
Next Post »
5 Komentar untuk "Lobak Merah Masak Lemak.."

nampak sedap lobak tu.. dgn warna dia yg menarik

sedapkan... lama x buat .. lobak masak lemak, dulu amir kecik² ska masak campurkan tahu..

memang sedap, makan ngan nasi panas!

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF