Ayam Masak Merah


Sekejap je kan dah hujung bulan Jun. Tinggal lebey kurang sepuluh hari je lagi Ramadhan akan kembali. In shaa ALLAH.

"Kawan2 masak apa hari ni?''

Saya masak Ayam Masak Merah je. Makan dengan nasi putih. Gandingkan dengan ikan cencaru goreng dan cili kicap. Cukup la untuk menu tengah hari ni. Ala berdua je. Hihi.

Ayam Masak Merah saya sangat simple. Guna stok apa yang ada. Jom tengok :)

Bahannya:
  • Ayam -potong ikut suka
  • Bawang besar, bawang putih dan halia -kisar
  • Cili kering -kisar
  • Serai -ketuk
  • Daun pandan
  • Air
  • Gula dan garam
  • Asam keping
  • Daun sup dan daun bawang -hiris
Caranya:
  1. Ayam lumur dengan garam kunyit.
  2. Goreng ayam tadi sampai kuning keemasan, angkat, sejat. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali yang sama.
  3. Tumis serai yang diketuk. Masukkan bahan kisar dan cili kisar. Biar sampai pecah minyak.
  4. Masukkan air. Juga daun pandan. Biar mendidih.
  5. Perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa.
  6. Masukkan ayam, gaul bagi rata dan masak sampai kuah agak kering. 
  7. Siap. Angkat. Jom makan ^___-

 Kalau nak letak kacang peas atau tomato pon boleh juga. Terpulang.

Ayam Masak Merah saya memang kering ye. Cik abe kurang suka yang berkuah. Masak ikut selera cik abe ler sebab si dia yang nak makan. Hihi  ~_~

pppssssttt: Semalam saya pergi makan dekat Restoran Rosdet Tom Yam. Sekali penuh dengan oghe klate tau. Pelanggan yang datang sampai berdiri kat luar la tunggu meja kosong. Hihi. Hotel area situ semuanya habis di tempah. Pasti gamat malam nanti di Stadium Bukit Jalil kan. Semoga tiada peristiwa yang tak diingini berlaku :)






Previous
Next Post »
20 Komentar untuk "Ayam Masak Merah "

tngok ayam msak merah ni. terliur.. hehe

salam...
sedapnya ayam masak merah..
adda kt umh ni selalu gk masak ayam masak merah sbb en somi suka sangat..

Resepi-resepi yang mengingatkan kita pada hari raya kan...

Dah lama xmakan masakan ibu.. Huuu =(

salam cik sue..ini menu utama untuk kenduri sambut puasa esok...

terliur akak tgk ayam masak meraqh nih...akak dpt petua dr sorg kwn..kalau pegi mana2 restoran atau kedai makan yg ramai org,bermakna makanan kat situ sedap...jadi beraturpun akak sanggup ..hehehe

Sedapnya nampak ayam masak merah ciksu tu... terliur ai... heheh

makan ua or macam gini byk masak?kir hebat la tu..ayamnya pun berketul2,lg ikan caru?hehe

sedap nyer cik su masak..mengancam sungguh..

QR...walaupun berdua, nampak macam banyak je ayam masak merah tu hehe...

Menu saya weekend aritu ☺☺

tergoda..ni kalo bln pose mmg terliur habis nih!

beruntungnya suami ciksu kan..sebab ciksu pandai masak.. =)

kadang2 yg simple tu lg sedap..akak suka juga buat ayam masak merah ni

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF