22 June 2013

Pakej Komunikasi Belia


 Siapa yang rasa dia berumur 21-30 tahun boleh la mengambil peluang untuk memohon ye ;)

 Seperti yang diuar2kan oleh kerajaan Malaysia mengenai Pakej Komunikasi Belia. Di mana seorang belia diberi rebat sebanyak RM200 untuk membeli telefon pintar. Menarikkan :)

 Uols yang masih belia2 tu dah memohon ke? Kalau belom, jom la kita pakat2 memohon. Hihi.

 Cara nak memohonnya senang je. 

 Mula2 uols masuk ke laman web Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia  (SKMM)<---- klik je link tu ye.

 Baca syarat2nya dahulu sebelum memohon.

 Okey, bila dah mengerti tentang syarat2nya, uols boleh ler mengisi borang permohonan yang disediakan. 

 Borang permohonan terbahagi kepada dua. Satu kepada pekerja. Satu kepada pelajar. So, pilih la yang bersesuaian dengan diri uols.

Isilah dengan sejujurnya ye. Ada 4 langkah ke semuanya :)



  Bila dah isi semua silalah print dan bawa ke kedai telekomunikasi yang terpilih. 




 Macam saya semalam, kebetulan sebenarnya. Saya pergi Tesco Ampang. Kemdian ternampak la dorang tengah buat promosi kat depan pintu masuk. 

So, apa lagi terusla daftarkan diri. Daftar la tu, la tu juga dapat telefon pintar. Hahaha. Pintar la sangat ye. Hihi.

  
 Harga asai telepon SCSL ialah RM349. Selepas ditolak rebat SKMM RM200, dapat la dalam RM149. Kemdian CSL pon baik hati la jugak, dia pon bagi rebat sama. So, saya cuma perlu bayar RM49 sahaja. (rasanya harga asai dalam RM250 je kot)

 Ada memori 4gb, kamera 2.0 mpx, dapat simcard tune talk. Lain2 tu normallah untuk telefon pintar seperti yang uols sedia maklum :)


 Ada lagi satu jenis handphone yang ditawarkan. CSL juga tapi kena tambah lagi dalam RM200.

Bagi saya tak payah la nak membuang duit beli yang mahai sangat gadjet2 ni kan. Nanti turun harga juga. Yer idok. Lebih baik beli barang kemas lagi berbaloi sebab nanti2 boleh diguna pakai time kecemasan kan.

 Setuju tak?

13 comments:

ros_reeza said...

la, boleh mohon lagi ke Cik Su. Ruginya, tak tahu. ingatkan dah tamat dah.. Baru 2 minggu sudah cik abg beli hp. Sebab hp cik abg hilang....

Maria Firdz said...

hehe... berangan nk isi, tapi xlpas nk isi.. pendapatan kasar rupanya dia nk bukan pndptn bersih... :)

Edo Hayra said...

edo tak leh wat lagi sebab blum cukup umo huhu

tgu bulan 11 neh kalo da rzeki
InsyaAllah

Cik Nur™ said...

dah amik dah.. :)

zaza nizam said...

setuju dgn pikiran ciksu! hehe emas lgi berbaloi.. zaza dh daftar jgak coz nti bln 9 dh xboleh hehe..

farah syamimi said...

alah saya tak cukup umur lagi :'(

Normi Nieza said...

cik nor dah trlbh umur..haha

azizah :) said...

emas makin lama makin naik harga kan..tp nset canggih ni nilai makin susut..makin murah nanti..

Deqla Manjew said...

wahhh dah tebus rebat..deqla dulu daftar, last2 x tebus pun..haha.. incek hubby je la lom daftar.. dia layak lagi.. cuma dia kata xnk..kan best kalo rebat ni bole tebus kat mana2 kedai henpon.. huhu

Deq's Qienz said...

saya pon isi juga tapi xguna pon..huhuu..kalo nak meh la amek saya..hehee

Kesuma Angsana said...

tak layak dah KA Ni hehehe

Riedaffya ibrahim said...

sy pon da x layak...da cukup umur..

fieda said...

kfieda ni layak ke...kikiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...