Rendang Pedas Ayam Tua



 Akhirnya saya masak juga Rendang Pedas Ayam Tua. Hihi.

Al-maklumlah dah banyak hari dapur saya tak berasap kan. Sejak jerebu melanda, selera makan saya kurang sikit. Banyak minum air je. Pastu tak selesa. Mood nak berblog pon kelaut je. Huhu.

 Cik abe yang nak makan sebenarnya. Katanya dah lama saya tak masakkan Rendang Pedas Ayam Tua ni. "Ye ke..".

 Masak Rendang Pedas Ayam Tua ni bukannya apa pon sebenarnya. Cuma amik masa yang agak lama tu yang macam nak tak nak je buat. Dari persediaan barang2nya. Kemdian nak tunggu ayam lembut pon satu hal juga kan.

 Saya masak lebey kurang macam uols la jugak. Sama je, mungkin caranya yang berbeza. Lain orang lain caranya kan. So, kita kena la hormati hak orang juga. "Betul tak?"

Antara bahan2 yang saya gunakan ialah:

 Kelapa parut –amik pati santan dan perahan kedua
 Daun limau purut –hiris halus (stok saya bawa dari kampung hari tu. hihi)- nak sedap guna daun    kunyit ye sebab baunya lagi harum.
 Kerisik
 Ayam tua


 *Bawang merah
 *Halia
 *Serai
 *Cili hijau thai
 *Kunyit hidup
 *Cili kering -hiris, rebus

 Bahan2 yang bertanda * tu saya hiris kasar. Kemdian kisar. 
 Kalau mood rajin mai, boleh lah mayang halus2. Tak payah kisar ok.
 Kuantiti dan tahap kepedasan terpulang, pandai2 la uols agak ye :)
 Caranya:
  1. Masukkan ke semua bahan yang dikisar tadi ke dalam kuali. Masukkan ayam, kerisik, daun limau purut dan santan. Gaul bagi mesra kesemuanya.
  2. Bila dah nampak mesra, renehkan atas api, Guna api sederhana. 
  3. Bila dah sebati semuanya perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa uols. 
  4. Saya biarkan kuahnya kering ye sebab cik abe suka kering2 dari berkuah.
 Makan Rendang Pedas Ayam Tua ni dengan nasi putih je pong. Pastu hiris cili hijau sikit, letak kicap  manis sesedap rasa, kemdian perah asam limau sikit. Alahai,

 "Sedapppnya.." hihihihi

 pppsssttt: Alhamdulillah, hujan dah turun kan :)





Previous
Next Post »
26 Komentar untuk "Rendang Pedas Ayam Tua"

wow, sedapnya.. makan pula dengan nasi panas2... fuhh :)

Sedapnya. Rindu nak makan rendang mak.

xpernah masak rendang..makan tu selalu la..hehe

hari ahad hari tu masak rendang jugak...tapi ayam biasa...ayam tua x berapa minat la cik su...liat...he he he...

ekceli mak mertua suka masak rendang guna ayam tua..hehe..leceh ckit,lme nk tggu..

sedapnyaaaaaaaa... jijah paling3 suka rendang ayam!

Sedapnya rendang....tq share resepi.

nyum2 sedapnyer...teringatkat mak..dier suka no masak gini...

a'aa kalu daun kunyit lg sedap...

*sue dpt capture ke angka sejuta td?... kalau ada emel sy ek

tak pernah lgi wat rendang guna ayam tua...

salam ciksu...

akak ni selagi mak ada..mak je la yg masak...akak tukang kacau je sbb akak lebih suka mengemas dan menjahit...

ayam tua buat rendang mmg mabeless..!

sedap rendang ayam :)

teringat kat rendang air tangan mak.. tak sabar nak raya ni.. hihihi

Tak pernah jugak beli ayam tua ni QR...lagi pun hubby mmg tak pandai nak mintak-mintak ni jadi kerja lagi senang le hehe

raya 2012 akk sy buat rendang ni.. hope thun ni buat lgi.. hehe

cik sue ni bagi je smua masakan mesti terer kan... nk tau cik sue belajar masak dari sape? mesti mak kan.. ? nmpk sdp ayam rendang tu.. nyum3..

Ayam pencen mmg sedap buat rendang ;)

sangat masyuk kalau buat rendang camni, best lah blog ciksu ske tunjuk masakan yg lebih kurang macam mak akak masak :)

haih... kecur air liur... huhuhu ada lagi? nak sikit...

Nak bg lembut ayam pencen senang je..kasi rebus ayam tu dengan air kelapa..insyaallah. .rebus lama skit..

jijah suka sangat rendanggg! terliur tengok ha..

xsabar nak balik kampung...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF